Dapur

Guna Satu Je Bancuhan Tepung Yang Sama Boleh Dapat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos!

108
SHARES

“Alamak, sempat lagi tak nak buat kuih raya ni?”

Biskut raya atau kuih raya sudah pastinya antara hidangan yang wajib ada di setiap rumah apabila tibanya Hari Raya. Namun, buat anda yang masih belum siapkan kuih raya tersebut, apa kata anda cuba buat resepi 3 jenis cookies dalam satu bancuhan tepung yang sama. Lagi cepat dan memang macam biskut Famous Amos!

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Nak cakap terima kasih kepada semua yang sudi share resepi cookies yang sedap ni… Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama..alhamdulillah menjadi.

(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)

Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

* 250 gram Butter

* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)

* 1 sudu kecil esen vanila

* 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji)

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Tambahkan Bahan B

* 2 1/2 cawan tepung gandum

* 1/2 cawan tepung jagung

* 1 sudu kecil baking powder

* 1 sudu kecil soda bikarbonat

* 6 sudu besar minyak

Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..

1) RED VELVET COOKIES

-letak 2 sudu serbuk koko

-letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)

-untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES

-yg just tambahkan topping dia ja callebaut dark choc coin tu dengan nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES

-letak serbuk koko dalam 4 sudu

-letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)

Seterusnya….

4) Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian….

5) Sedia Dibakar

Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

6)Masukkan Dalam Oven

Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Sumber: Nadirah Mahamad

Most Popular

To Top