Dapur

Resepi Nasi Hujan Panas Paling Simple Guna Beras Biasa Je. Sedap & Special!

921
SHARES

Sesekali tekak ni teringin nak makan yang special sikit. Tambah-tambah lagi masa musim perayaan kan…

Apa kata kita cuba resepi nasi hujan panas yang colourful ni.

Memang cantik kejadiannya dan berselera tengok.

Anak-anak pun mesti suka!

Nasi ni boleh dipadankan dengan ayam masak merah, kuah kari, dalca dan sebagainya. Istimewa untuk resepi ini, kita lawankan dengan sambal ayam.

Jom tengok resepi nasi hujan panas yang dikongsikan oleh Eka Afikah di bawah ini.

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan

  • Beras secukupnya
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Daun pandan
  • Susu cair

Cara-cara

1. Tumis Bahan

Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, dan daun pandan sampai wangi.

2. Masukkan Beras & Susu Cair

Dah boleh transfer ke rice cooker kalau tadi tumis bahan atas kuali.

Kemudian masukkan beras.

Tambah susu cair lebih kurang setengah tin.

3. Tambah Air

Seterusnya tambah air ikut sukatan macam masak nasi biasa.

Tunggu nasi masak.

4. Bubuh Pewarna

Bila nasi dah kering, masukkan pewarna yang dcampur air.

Cara saya buat macam di bawah ni.

Lepas tu tutup periuk sekejap.

Kemudian baru gaulkan nasi. Buat perlahan-lahan supaya nasi tak pecah. Saya gaul guna garfu.

Siap!

Resepi nasi hujan panas

Resepi Sambal Ayam

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili kering
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit sos cili

Cara-cara

1. Blender

Pertama sekali, blender bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.

2. Tumis

Kemudian tumis sampai garing.

3. Bubuh Air Asam Jawa & Sos Cili

Selepas itu, bubuh sedikit air asam jawa.

Saya letak sos cili sedikit. Kalau nak kurang pedas boleh letak sos tomato. Ikutlah selera masibg-masing ya.

4. Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.

Siap!

Mudah & Menarik Hasilnya

Ok dah siap pun resepi nasi hujan panas kita.

Simple sangat kan?

Untuk sayuran kalau nak mudah boleh makan dengan hirisan timun atau salad.

Kalau rajin boleh buat acar timun, pajeri nenas dan sebagainya.

Sesuai sangat buat untuk jamuan hari raya, potluck atau makan sendiri dekat rumah.

Tapi resepi saya ni memang simple je, sukatan tu bolehlah agak-agak ye.

Semoga anda pun dapat mencubanya.

 

*Resepi nasi hujan panas ini dikongsikan oleh Eka Afikah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan berkaitan resepi boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top