Dapur

Lebih 193K Perkongsian, Ini Step-By-Step Resepi Rendang Ayam Macam Mak Buat Di Kampung

832
SHARES

Bila tibanya Syawal. menu wajib yang akan dihidangkan di atas meja sudah semestinya rendang. Dimakan pula bersama ketupat, lemag dan boleh juga dimakan bersama nasi putih, lauk utama ini sebenarnya memerlukan teknik yang tersendiri supaya dapat rasa sama macam mak-mak buat.

Tambah pula kali ini, sambutan Hari Raya untuk anda yang tidak dapat pulang ke kampung itu perlu masak sendiri rendang di rumah masing-masing, boleh cuba resepi yang dikongsikan ini. Step-by-step cara yang dikongsikan supaya mudah dan rasa pun sedap macam yang dimasak di kampung.

RESEPI RENDANG AYAM, CONFRIM SEDAP!

BAHAN-BAHAN

-Bawang merah

-Bawang putih

-Cili padi

-Halia

-Lengkuas

-Kunyit

-Serai

-Cili boh

-Ayam

-Santan

-Gula melaka dan kerisik

-Daun limau purut dan daun kunyit

1.Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan blend ( Bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, lengkuas, kunyit, dan serai )

2.Tumis dalam beberapa minit. Kemudian masukkan cili boh ( Agak-agak ) Sebab cili api yang diblend pun tadi pun pedas.

3.Kacau sebati. Akan jadi macam ni dan masak seketika.

4.Kemudian masukkan ayam siap cuci bersih (Ayam saya tu 1ekor berat anggaran 2kg)

5.Gaul rata ayam dengan semua bahan

6.Kemudian perasakan dengan garam. Ikut selera masing-masing nk guna garam jenis kasar/halus.

7.Kemudian masukkan santan kelapa/santan kotak segera.

8.Tambahkan 1 setengah air masak dalam kotak kara.

9.Kemudian akan jadi macam ni.

10.Kemudian bila rendang agak kering sedikit masukkan gula melaka.

11. Diikuti dengan kerisik.

12.Kemudian masukkan daun limau dan daun kunyit (Hiris halus)

13.Siap!

*Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Jannah Zakariar

Most Popular

To Top