Dapur

Resepi Rendang Tok Versi Tumis, Sedap & Lain Dari Yang Lain!

8
SHARES

“Mak esok kita masak rendang nak? Lama betul tak makan. Dah nak masuk bulan puasa ni eloklah kita cuba buat hehe!”

Lama betul tak makan rendang kan? Rendang pula ada pelbagai jenis mengikut tempat. Antaranya ialah rendang maman, rendang dendeng, rendang daging hitam. Sedapnya!

Jadinya, jom hari ini belajar buat rendang tok mengikut cara puan di bawah ini. Caranya buat pun lain dari biasa yang lebih sukakan bahan versi ditumis.

Baca juga: Resepi Sos Spageti Frozen, Boleh Tahan 2 Tahun Tanpa Perubahan Rasa!

RESEPI RENDANG TOK VERSI TUMIS, SEDAP & LAIN DARI YANG LAIN!

Punya lah semalam teringin nak makan Rendang Tok , hari ini pergi dapur terus masak. Cukup segala rempah kita masukkan. Ni makan dengan ketupat palas ke, pulut kuning ke confirm terangkat.

RESEPI RENDANG TOK VERSI MEKZA KITCHEN

#HomemadeByRoselyza

  • 1kg Daging (saya guna daging batang pinang fresh, import pon ok, nak guna daging biasa pon boleh. Daging ni perlu perap nanti dengan bahan dibawah – step 2)

BAHAN STEP 1

  • 200gram cili kisar
  • **9 biji bawang merah ros (yang kecik tu)
  • **5 ulas bawang putih
  • **6 batang serai
  • **1 inci halia
  • **1 inci lengkuas
  • **1sudu teh lada hitam
  • **1sudu teh lada putih

Bahan bertanda step 1 (**) perlu kisar sampai halus.

BAHAN STEP 2

  • **1 sudu teh jintan manis
  • **1 sudu teh jintan putih
  • **2 sudu teh ketumbar

Bahan bertanda step 2 (**) sangai tanpa minyak, dan kisar sampai halus.

BAHAN-BAHAN LAIN

  • Daun kunyit
  • Serbuk kunyit
  • Rempah Empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • Air asam
  • 100gram kerisek
  • Serbuk kari daging
  • Santan fresh 1 biji (kotak pun okay ja)
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula

NOTED : Kalau orang lama akan letak hirisan kelapa, dan lebur sahaja dalam kuali. Tapi versi saya ni, saya tumis.

CARA MEMASAKNYA:

1. Bismillah! Perap daging dengan bahan kisar step (2) semalaman saya campur dengan serbuk kari daging.

Malam tadi perap, tengahari dah boleh masak, kalau malas perap 4-5 jam sebelah pagi. Tengah hari atau petang dah boleh masak, tapi kalau malas jugak korang beli je lah.

Wajib perap ya sebab nak bagi sedap dan daging tu ada rasa.

2. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan, adik beradik, sepupu sepapat dia lah kan.

3. Lepas tu masukkan bahan kisar step 1 dan masak sehingga bau wangi. Wangi dia takda lah wangi macam echanteur paris tu, tapi boleh lah janji wangi kan.

4. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak, hurmm korang jangan tanya pecah minyak tu macam mana ya.

Saya suka versi tumis, org lain lebur ja tapi saya tak sebab ni cara saya. Tapi kalau korang taknak nak tumis pun korang campak ja semua, sebab korang yang masakkan.

5. Lepas tu korang boleh masukkan daging yang dah siap perap tu. Kacau sehingga dia sebati elok dengan penuh kasih sayang dengan bahan tadi.

Saya biarkan ja sambil buat kerja lain. Ouh yela layan tik tok dulu hehe.

6. Bila dia dah mendidih elok, saya masukkan santan, kerisek , air asam. Haa masa ni lahh kena masak betul-betul.

Api perlahan tapi dia kena masak lama sampai dia betul-betul kering, bila dia kering saya tambah air sikit letak garam dan gula.

Lepas tu masak lagi sampai dia kering dan gelap…perghh berpeluh jugaklah masaknya. Saya masak ni sambil layan tik tok nasib tak hangit rendang saya hehe.

7. Bila dah siap tabur lah dengan daun kunyit, korang nak tabur awal-awal pun takpa, tak salah lagi sedap.

Terima kasih sudi cuba resepi ini, jangan lupa share tau.

Sumber: Facebook Tengku RosElyza Raja Muhammad via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×