Nur

8 Doa Mustajab Ibu Untuk Anak, Hembus Ke Ubun-Ubun & Tiada ‘Filter’ Tembus Ke Langit Allah

11
SHARES
doa mustajab

Salah satu doa mustajab dan akan dimakbulkan oleh Allah SWT adalah doa daripada seorang ibu. Mana tidaknya, dikatakan bahawa doa dari ibu ini tidak mempunyai apa-apa tapisan dan akan tembus terus ke langit supaya mudah dimakbulkan. Begitu hebat sekali kuasa doa seorang ibu.

Namun, doa-doa yang dipohon ini perlulah bermula dari awal iaitu sejak anak masih kecil lagi dan ditiupkan ke ubun-ubun kepala. Melalui cara ini, insyaAllah akan mengukuhkan lagi permintaan untuk anak-anak supaya dipermudahkan dalam semua jenis hal. Mari kita tengok perkongsian doa dari Puan Ezzah Nor.

Baca juga: Isteri Guna Tabung Sperma Suami Dah Meninggal Untuk Hasilkan Bayi Tabung Uji, Hukumnya?

8 DOA MUSTAJAB SEORANG IBU UNTUK ANAK, TERUS TEMBUS KE LANGIT

doa mustajab

Mak i pesan, nak anak berjaya, nak anak dilindungi, dapat jodoh yang baik, rajin solat, kena doa dari anak masih baby. Dah la doa ibu tembus ke langit tanpa ada filter. Meh i share 8 doa mustajab yang boleh dibacakan oleh ibu kepada anaknya..

1. Doa untuk anak soleh/solehah

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” [Surah Al-Furqan: 74]

2. Doa anak rajin solat

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
[Surah Ibrahim: ayat 40]

3. Doa dapat keturunan yang baik

Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.” [Surah Ali-Imran: ayat 38]

4. Doa dikurniakan anak

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.” [Al-Anbiya: 89]

5. Doa dapat anak yang soleh/solehah

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.” [As-Saffat: 100]

6. Doa memohon anak & keturunan yang soleh

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yg telah Engkau kurniakan padaku juga pd orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku [Al Ahqaf, Ayat 15]

7. Doa anak dilembutkan hati

“Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan & belas kasihanNya) kpd hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya (menurut aturan yg telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” [As-Syura Ayat 19]

8. Doa agar diberikan rahmat

Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. [Al-Mukminun, Ayat 109]

doa mustajab

*Semoga apa yang dihajatkan oleh para ibu dikurniakan oleh Allah SWT..

Baca juga: Bila Terjaga Tengah Malam, Baca Doa Ini Untuk Hilangkan Rasa Takut & Kekal Tenang..

Sumber: Ezzah Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×