Asuh

Tak Sangka 5 Cara Ajar Anak Solat Ini Berkesan, Baru Seminggu ‘Guide’ Terus Cukup 5 Waktu

18
SHARES
CARA AJAR ANAK SOLAT

Cara ajar anak solat perlu dititikberatkan oleh semua ibu bapa di luar sana. Hal ini kerana jika tersalah langkah, ia boleh menyebabkan si anak tidak ambil peduli dan semakin malas untuk menunaikan solat.

Jadi, terdapat 5 cara ajar anak solat boleh diterapkan dalam kehidupan seharian seperti perkongsian Mohd Fhais Salim. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Anak Kurang Fokus & Tak Minat Bila Suruh Belajar, Cuba Bagi Aktiviti Ini Confirm Suka!

5 CARA AJAR ANAK SOLAT, BARU MAKIN RAJIN

CARA AJAR ANAK SOLAT

Ini satu eksperimen yang saya buat sendiri bersama anak sulung saya. Anak sulung saya perempuan. Sebelum ini saya banyak suruh dia solat, selalunya dia solat sendiri.

Bila disuruh baru solat, jika tak suruh dia buat buat lupa. Puji sudah, baca sirah sudah. Macam macam sudah.

Akhirnya, saya ubah 5 step ini:

1. Jemaah

Saya ajak dia solat jemaah sekali. Buat bersama-sama lain kesan tarbiahnya berbanding buat sendiri sendiri.

2. Tunggu

Kadang malas nak tunggu dia sebab solat sendiri lebih cepat tetapi kali ini saya tunggu. Terutama waktu subuh, lambat pun tunggu bangun solat sama-sama.

3. 5 waktu sehari 

Baru ini cuti sekolah memang setiap waktu, 5 kali sehari solat sama-sama. Sekarang dah sekolah saya tanya “zohor & asar sudah?”

4. Istiqamah 

Saya amalkan perubahan ini tak lama tetapi hanya seminggu dah dapat kesan gempak.

5. Upgrade ilmu

Saya check bacaan dia, saya betulkan ayat-ayat dia. Saya bagitahu maksud setiap bacaan. Saya nak sampaikan pada dia tentang ‘jiwa’ solat tu.

Hasilnya? Sekarang tak perlu suruh dia solat. Dengar sahaja azan, dia terus ambil wuduk dan dia pula yang ajak saya solat.

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Mencabar Didik Anak Zaman Sekarang…”- Fokus 5 Benda Ini Supaya Anak Elak Maksiat

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×