Nur

5 Punca Solat Tak Diterima Oleh Allah SWT, Ruginya Kalau Terlepas Pandang!

67
SHARES
PUNCA SOLAT TIDAK SAH

Pembahagian rukun solat perlu diambil berat supaya ia tidak menjadi punca solat tidak sah. Hal ini kerana masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu dan tidak peka dengan rukun tersebut.

Di bawah ini penulis kongsikan beberapa punca solat tidak sah yang sering dilakukan ketika mendirikan solat. Ikuti penjelasan lanjut artikel ini.

Baca juga: Hukum Suami Lafaz Cerai Ketika Isteri Sedang Sarat Hamil, Memang Tak Sangka!

PUNCA SOLAT TIDAK SAH, JANGAN SESEKALI AMBIL RINGAN

PUNCA SOLAT TIDAK SAH

Antara punca solat tidak sah adalah disebabkan oleh:

1. Melafazkan Takbiratul Ihram dalam hati. Ini bermakna  lafaz “AllahuAkbar” tanpa didengari oleh telinga sendiri.

2. Membaca Surah al-Fatihah tanpa didengari oleh telinga sendiri.

3. Membaca tahiyat akhir tanpa didengari oleh telinga sendiri.

4. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam Tahiyat Akhir tanpa didengari oleh telinga sendiri.

5. Memberi Salam Pertama tanpa didengari oleh telinga sendiri.

Lima punca di atas disebabkan oleh rukun-rukun solat yang ramai terlepas pandang dan ambil ringan. Jadi, perkongsian kali ini penulis ingin kongsikan maksud rukun qalbi, qauli dan fi’li.

RUKUN QALBI

Rukun yang seterusnya adalah rukun qalbi. Rukun ini melibatkan perkara yang perlu dilakukan di dalam hati dan terbahagi kedua dua.

1. Niat 

Berniat dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat asar, maka mestilah niat solat asar, bukan solat lain.

2. Tertib

Mengerjakan rukun solat mengikut turutan dengan tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului lebih awal.

Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.

PUNCA SOLAT TIDAK SAH

RUKUN QAULI

Rukun qauli adalah di mana bacaan wajib didengari oleh telinga sendiri. Rukun qauli terbahagi kepada lima iaitu:

1. Takbiratul ihram

Melafaz ‘Allahuakbar’ ketika memulakan solat.

2. Membaca Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat.

3. Membaca tasyahud/tahiyat akhir

Tahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah SWT dan salam serta diakhiri dengan lafaz Syahadah.

4. Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW

Dilafazkan selepas melafazkan dua kalimah syahadah ketika duduk tahiyat akhir.

5. Memberi salam yang pertama

Salam sebagai penutup dalam mendirikan solat iaitu dengan melafazkan ‘Assalamualaikum’.

RUKUN FI’LI

Rukun ketiga adalah rukun fi’li yang bermaksud perbuatan atau pergerakan. Terdapat enam rukun fi’li iaitu:

1. Berdiri tegak

Berdiri secara tegak, lurus dan mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Jika sakit atau cacat, boleh solat secara baring, terlentang, duduk atau bergantung kepada keadaan.

2. Rukuk dengan tamakninah

Rukuk adalah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°.

Tamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Tamakninah juga bermaksud ‘tenang’ dan berhenti sekejap.

3. Iktidal

Iktidal adalah perbuatan bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidak begitu lama, cukup sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.

4. Sujud dua kali dengan tamakninah

Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi dari kepala. Ada tujuh anggota yang terlibat ketika sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki.

5. Duduk antara dua sujud dengan tamakninah

Duduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah.

6. Duduk tasyahud/tahiyat akhir

Duduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.

Setiap pembahagian rukun-rukun solat ini perlu dititikberatkan ketika melaksanakan solat.

Semoga perkongsian penulis kali ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: 7 Tanaman Ini Rupanya Pembawa Rezeki, No. 4 Itu Pasti Anda Tak Sangka!

Sumber: Taqwa & Facebook The Tazkirah Iman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×