Nur

7 Tanaman Ini Rupanya Pembawa Rezeki, No. 4 Itu Pasti Anda Tak Sangka!

2
SHARES
TANAMAN PEMBAWA REZEKI

Setiap tumbuhan di muka bumi pasti ada manfaatnya tersendiri. Buat anda yang tidak tahu,  terdapat beberapa jenis tanaman pembawa rezeki menurut Islam dan ada dinyatakan di dalam al-Quran. 

7 tanaman di bawah bukan sahaja mempunyai banyak khasiat tetapi ia juga sedap untuk dimakan. Jadi, ikuti penjelasan lanjut di bawah mengenai topik ini.

Baca juga: Doa Meminta Rezeki Tunaikan Umrah Dan Haji, Semoga Dapat Jadi TetamuNya…

7 SENARAI TANAMAN PEMBAWA REZEKI MENURUT ISLAM

TANAMAN PEMBAWA REZEKI

1. Pokok bidara

Pokok Bidadara dikatakan sebagai tumbuhan syurga yang membawa rahmat di dunia. Dalam al-Quran daun bidara dikenali sebagai daun Sidr.

Daunnya sering digunakan sebagai rawatan yang dianggap mujarab untuk mengatasi masalah kesihatan dan gangguan makhluk halus.

Kebaikan yang diperolehi daripada daun bidara termasuklah mengeringkan luka kencing manis, mempercepatkan penyembuhan luka, mengurangkan gastrik dan merawat keputihan.

Firman Allah SWT: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,” (QS. Al-Waqi’ah: 28).

2. Pokok delima

Di dalam ayat suci al-Quran ada mengatakan:

“Delima itu serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia berbuah dan berikanlah hak (zakat) apabila kamu menuai, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (QS. Al-An’am: 99).

Buah delima ini mempunyai banyak khasiat antaranya adalah menurunkan tekanan darah, mencegah kanser, menurunkan kolesterol dan lain-lain.

Buah delima juga disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta Ar-Rahman ayat 69.

3. Buah tin 

Tanaman pembawa rezeki yang seterusnya adalah buah tin atau juga dipanggil pokok ara. Buah tin sangat popular dalam kalangan Islam kerana khasiatnya yang tiada tandingi.

4. Tanaman pembawa rezeki – pokok pisang

Siapa sangka tanaman pembawa rezeki yang seterusnya adalah pokok pisang. Selain buahnya yang boleh dimakan, pisang juga mampu membantu mengurangkan berat, melancarkan sistem penghadaman dan merangsang daya ingatan.

Tanaman pisang ada disebutkan dalam al-Quran, yang berbunyi: ” Dan pohon pisang yang berbaris-baris (dari buahnya),” (QS. Al-Waqi’ah: 29).

5. Buah anggur

Buah anggur bukan sahaja sedap malah ia juga mempunyai banyak khasiat seperti melancarkan penghadaman, mengurangkan risiko serangan jantung dan lain-lain.

Pokok anggur ada disebutkan di dalam ayat al-Quran: “Atau kamu mempunyai kebun kurma dan anggur, lalu kamu biarkan sungai yang mengalir deras melaluinya,” (QS. Al -Isra: 91).

6. Pokok zaitun

Firman Allah SWT:

“Dengan (air hujan) Dia menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kamu, zaitun, kurma, anggur dan segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (QS. An-Nahl: 11)

Pokok zaitun boleh dijadikan minyak dan tumbuhan ini antara yang banyak disebut berulang kali di dalam al-Quran. Khasiat buah zaitun adalah mampu menambah selera makan, mengurangkan kencing manis, mencegah kanser dan melambatkan penuaan.

7. Pokok kurma

Tanaman pembawa rezeki yang terakhir adalah pokok kurma. Umum mengetahui, kurma merupakan makanan sunnah dan khasiatnya juga banyak.

Kurma disebut dalam ayat suci al-Quran: “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menumpahkan kurma yang masak kepadamu,” (QS. Maryam 26).

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Ketika Ditimpa Musibah Supaya Digantikan Dengan Nikmat Lebih Baik

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×