“Eh dah baja, jaga elok-elok tapi tetap pokok ni rosak juga… Aduh”
Pernah tak jaga pokok siap bagi baja yang cukup tetapi masih juga rosak dan mati? Situasi ini sering terjadi terutamanya buat mereka yang pertama kali mencuba untuk bercucuk tanam.
Pelbagai faktor yang menyebabkan tanaman mudah rosak dan tidak subur seperti orang lain. Jadi, mari kami kongsikan enam punca tanaman rosak yang sering dilakukan tanpa sedar.
Baca juga: Baru Nak Start Berkebun? Ini 6 Senarai Barang-Barang Yang Wajib Ada
6 PUNCA TANAMAN ROSAK YANG RAMAI DAH BUAT, PATUTLAH MATI
Selain kekurangan nutrisi, ini juga antara penyebab utama pokok yang ditanam cepat layu dan tidak subur dengan baik:
1. KERAP MELETAK BAJA PADA ANAK POKOK
Kerap meletak baja pada anak pokok yang belum matang usianya sehingga daun-daun pada anak pokok melecur seperti terbakar dan daun menjadi kekuningan seterusnya layu dan gugur.
Jika ini berlaku,siram anak pokok dengan jumlah air yang banyak untuk menyahkn baja yang telah diserap ke dalam tanah.
2. MELETAK BAJA ORGANIK DALAM JUMLAH BANYAK
Meletak baja organik atau baja NPK dalam jumlah yang terlalu banyak. Baja NPK yang diperlukan hnyalah sesudu kecil makan atau bersamaan kurang daripada 15 butir baja.
Baja organik pula biasanya sesudu kecil makan atau sesudu besar makan bergantung kepada jenisnya.
3. SUKA MENYIRAM DENGAN AIR YANG BANYAK
Akibatnya akar membusuk, tanah berlendir dan mengakibatkn kulat serta banyak penyakit bawaan tanah. Masalah ini juga akan mengundang kedatangan semut dan anai anai serta ulat-ulat halus dalam tanah.
Jika ini berlaku,tanah perlu ditukar kepada tanah yang baru.
4. MENGGUNA PASU/POLIBEG TERLALU KECIL
Akibatnya, anak pokok tidak dapat mmbesar dengan baik kerana akar sangat terhad bergerak, pengudaraan di dalam pasu atau polibeg kecil menjadi terlalu sempit.
5. TANAH TERLALU SEDIKIT
Tanah yang terlalu sedikit di dalam pasu atau polibeg sedangkan pokok yang ditanam adalah jenis berakar tunjang. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana pokok yang berakar tunjang memerlukan tanah yang banyak. Tanah sepatutnya diisi hingga ke permukaan pasu atau polibeg.
6. TIDAK MEMBUANG DAUN TUA
Tidak membuang daun daun tua di bawah cabang Y sehingga menyebabkan banyak nutrien dihabiskan ke bahagian daun di bawah cabang Y. Hal ini menyebabkan nutrien tidak sampai ke bahagian bunga dan buah.
Jadi, selepas ini pastikan anda tidak melakukan enam perkara di atas ya. Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad