DIY & Kraf

Rukun Terbaik Buat Tanah Campuran Untuk Bercucuk Tanam, Pasti Menjadi!

19
SHARES

Berkebun memang satu aktiviti yang menyeronokkan, tambah lagi jika tanaman itu hidup dengan subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.

Tanah campuran adalah salah satu medium tanaman bagi penanaman bekas atau pasu. Medium campuran yang bagus adalah yang mampu memegang air dengan baik, tidak mudah bergenang (takung air), dan mampu membekalkan nutrien yang sesuai untuk tanaman.

Baca juga: Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak

Masa hands on buat tanah campuran dua minggu lepas, salah seorang daripada team kami bertanya kepada AA. Biasanya kita guna pasir halus. Kenapa kali ini kita guna cocopeat pula dalam penyediaan tanah campuran?

Dia macam ini, Ju. Cocopeat dan pasir sungai, 2-2 ini termasuk dalam komponen bahan lengai. Kita bebas nak guna yang mana satu. Nak guna 2-2 pun boleh. Ju, mu tahu tak rukun tanah campuran? Aku tak tahu Wan!

Rukun tanah campuran ini kita panggil TOL. TOL ini merujuk kepada:

T untuk tanah.

O untuk organik.

L untuk lengai.

Ini bermaksud, setiap kali kita nak buat tanah campuran yang terbaik, pastikan ia ada 3-3 komponen ini.

Wan, kalau kita tak ikut Rukun TOL ini, jadi tak tanah campuran yang kita buat itu? Jika tak ikut Rukun TOL ini, tanah campuran yang kita buat ada yang tak menjadi bergantung kepada komponen mana yang kita guna. Baik, kita tengok satu per satu.

1. Tanah

Komponen yang paling utama nak buat tanah campuran adalah tanah. Kalau tak guna tanah, tak jadi lah tanah campuran kita itu. Contohnya, kita hanya guna organik dan lengai sahaja. Maka, ia akan jadi kompos atau bokashi, bukan tanah campuran.

Antara tanah yang popular digunakan adalah tanah atas atau top soil dan tanah bukit. Sekarang ini, agak susah untuk dapatkan tanah atas. Boleh dikatakan sebahagian besar tanah yang digunakan untuk buat tanah campuran adalah tanah bukit.

2. Organik

Semasa buat tanah campuran, kita perlu letak bahan organik. Tak kisah nak guna organik jenis mana. Nak guna kompos ke, nak guna tinja haiwan ke, nak guna bokashi ke atau nak guna baja organik proses. Boleh belaka. Apa yang perlu kita tahu, kuantiti penggunaan setiap bahan organik ini adalah tak sama.

Ia juga boleh mempengaruhi tempoh boleh guna tanah campuran tersebut. Contohnya, tanah campuran yang menggunakan kompos boleh digunakan terus untuk bertanam. Berbeza dengan tanah campuran yang menggunakan tinja haiwan, kita perlu tunggu sehingga 2-3 minggu sebelum boleh bertanam.

Contoh salah satu resipi buat kompos. Cara detai nak buat kompos dan baja organik yang lain.

Tujuan kita letak bahan organik ini sebagai sumber nutrient di dalam tanah. Ia juga boleh meningkatkan aktiviti mikrob serta boleh tinggikan kadar pertukaran kation (KPK) tanah. Jika tanah campuran yang kita buat tanpa guna bahan organik, tanah campuran tersebut masih menjadi cuma ia tak power lah.

3. Lengai

Bahan lengai ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan tanah campuran yang kita buat itu tidak terlalu padat. Yang terbaik, kita nak ruang udara dalam tanah campuran kita itu dalam julat 20-40%.

Bila ia jadi lebih poros, ruang pengudaraan pun semakin banyak. Ini sangat baik untuk perkembangan akar nanti. Lengai ini kita boleh je guna apa-apa yang ada di sekitar kita. Janji ia mudah dan murah. Contoh bahan lengai yang biasa digunakan adalah pasir sungai, cocopeat, sekam bakar dan sekam mentah.

Tanah campuran yang telah siap diisi dalam petak tanaman. Bila-bila masa boleh bertanam.

Ju, bila mu dah tahu rukun ini, proses nak buat tanah campuran menjadi semakin mudah. Macam-macam formulasi boleh buat nanti. Tak pelik lah jika lepas ini mu buat tanah campuran 6 in 1.

Sumber: Facebook Azuan Abdullah- AA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×