Aktiviti berkebun merupakan aktiviti kegemaran ramai orang terutama buat golongan berumur ataupun yang sudah pencen bekerja. Hal ini kerana mereka dapat meluangkan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah dan berbudi pada tanah untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
Bagi memulakan aktiviti berkebun ini, bukan pasu dan biji benih sahaja diperlukan tetapi terdapat beberapa barang yang wajib ada. Barulah tanaman mendatangkan hasil meskipun hanya sekangkang kera.
Baca juga: Nak ‘Fresh Flowers’ Tahan Lebih Lama? Ini Tips Anda Wajib Cuba!
NAK START BERKEBUN? INI 6 SENARAI BARANG-BARANG YANG WAJIB ADA
Hal ini dikongsi oleh wanita bernama Liyana di laman Facebooknya dan menerima ratusan ‘share‘ serta 1,000 ‘likes’.
Barang-barang pertanian yang wajib ada di rumah saya. Semua boleh beli di Shopee. Semoga bermanfaat.
1. KAPUR DOLOMITE 1KG
Ini yang saya selalu sebut untuk rawat tanah iaitu dolomite atau kapur pertanian. Saya gunakan dolomite apabila tanah jadi terlalu masam atau berasid. Dolomite dapat mmbaik pulih struktur tanah dan dapat mengelakkan daripada penyakit bawaan tanah terutamanya ulat ulat halus.
*Ambik sesudu makan dolomite dan tabur gaulkn di dalam tanah .Pokok akan kurang berpenyakit. Harganya tak mahal. Anggaran RM4-6/1kg.
2. EPSOM SALT (MAGNESIUM) 1KG
Ianya seperti biji biji kristal. Ini bukan ajinomoto atau garam ye. Saya hanya guna sekali sekala bila perlu terutamanya untuk pokok jenis berbuah. Epsom salt juga boleh merawat tanah, memperbaik struktur tanah, memaniskn buah, melebatkn buah dan mencantikkn daun. Daun kurang melecur jika guna ES ni.
3. BAJA KOPI
Wajib ada. Baja kopi untuk semua jenis sayur berdaun dan berbuah. Fungsinya untuk melebatkan buah, mengilatkan daun serta memperbanyak bunga. Baja kopi juga akan membuatkan pokok pokok kelihatan sangat subur.
Guna 7-10 hari sekali. Tak perlu larutkan. Tabur keliling atau korek lubang sikit lebih baik. Kemudian siram dengan air yang banyak.
4. CUKA KAYU ORIGINAL
Cuka kayu original. Tak pernah putus. Mesti ada sebagai kawalan serangga perosak. Sukatannya ialah 5ml+1L air biasa. Sembur 2-3 kali seminggu selepas pukul 6 petang.
5. BAJA TINJA KAMBING
Baja tinja kambing memang saya gunakan khas untuk pokok kunyit, sawi, terung, timun dan bendi pada minggu minggu awal.
6. TANAH KOMPAS HITAM SAWIT & TANAH ORGANIK
Tanah kompos hitam sawit & tanah organik (plastik hitam). Saya beli dari jiran yang jual tanah.Memang tanah ni bagus untuk penanaman sayur.
*Itu sahaja enam barangan penting kena ada sebelum nak mula berkebun. Confirm tanaman menjadi lepas ini. Wah!
Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad