DIY & Kraf

Nak ‘Fresh Flowers’ Tahan Lebih Lama? Ini Tips Anda Wajib Cuba!

97
SHARES

“Wanginya bau fresh flowers ni, tapi sayang tak tahan lama…”

Jika anda penggemar setia fresh flowers atau bunga segar, pasti masalah di atas antara masalah utama dalam penjagaan bunga segar. Penjagaan yang rapi dan betul diperlukan agar bunga segar boleh tahan lebih lama dan tidak mudah rosak atau layu. Rugi beli bunga cantik-cantik seperti mawar dan kemboja tetapi salah penjagaan.

Justeru itu, untuk mengelakkan bunga segar layu dan mati dengan cepat, kami kongsikan tips penjagaan dengan betul agar boleh jangka hayat hidup lebih panjang dan tahan lebih lama.

Baca juga: Deko Rumah Guna Vinyl Flooring Harga ‘Bajet’ Tapi Lawa Macam Harga Kayangan!

‘FRESH FLOWERS’ TAHAN LEBIH LAMA, INI TIPS YANG WAJIB CUBA

Tips ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shida yang merupakan bekas pelajar Hortikultur iaitu sains seni penanaman sayur, buah-buahan dan bunga hiasan.

Menerusi video yang dikongsi itu hanya dua bahan sahaja diperlukan agar bunga segar tahan lebih lama. Tambahnya lagi, teknik ini sesuai digunakan untuk semua jenis bunga segar pilihan hati.

Langkah pertama ialah:

1. Sukat gula lebih kurang 30g (anggaran dua sudu besar gula) dan masukkan ke dalam cawan kemudian tambahkan 250ml air kosong dan tuangkan dalam pasu pilihan anda.

2. Seterusnya potong bahagian bawah bunga sedikit. Pastikan potong secara menyerong. *Rujuk gambar. Akhir sekali, boleh letak dalam pasu yang berisi air tadi.

Ok dah siap! Jika anda menggunakan bunga Daisy, ia tak perlu letak bawah cahaya matahari kerana akan menyebabkan bunga cepat mati. Tujuan menambah gula untuk memanjangkan jangka hayat bunga satu sehingga dua minggu dan bergantung pada jenis bunga.

Boleh dapatkan fresh flowers di: Flowerishh_

*Kalau tak ada gula, boleh cuba air Sprite sebab kandungan gula yang tinggi. Selamat mencuba.

Sumber: TikTok Shida Shoda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×