Deko & Hias

Cara Tanam Pokok Kesum Guna Keratan Pucuk Dengan Teknik Hidropot, Jimat Air & Masa!

2
SHARES

Daun kesum merupakan tumbuhan yang banyak digunakan dalam masakan di Malaysia. Di dalam hidangan Asam Pedas dan Laksa Penang memang wajib dimasukkan daun ini barulah sedap rasanya! Daun kesum menghasilkan rasa masam lemak selain aroma yang cukup menyelerakan.

Kadang-kadang nak masak tapi boleh pula daun kesum tak ada. Jadi apa kata cuba ikuti cara tanam pokok  kesum yang dikongsikan oleh pengguna tiktok @alinkitchengarden.

Baca juga: “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad

Hari ini saya akan ajar cara macam mana nak tanam menggunakan sumbu mop dan menggunakan teknik hydroport lah macam ini. Keratan pucuk sahaja, okey kali ini saya akan ajar lebih detail, saya harap yang baru nak mencuba tanam daun kesum akan menjadi ikut saya punya tutorial ini. 

Mula-mula boleh cari maggi cup macam ini okey dengan juga bekas biskut yang ada kat dapur itu.

Pastinya maggi cup ditebuk terlebih dahulu macam dalam gambar supaya akar dia akan keluar daripada lubang-lubang dan sumbu ini untuk serap air untuk dibekalkan air kepada pokok nanti.

Dia akan sentiasa melembapkan tanah.

Sebenarnya tanah pokok kesum ini, kena rajin cantas tau. Baru pokok sentiasa akan keluarkan tunas baru. Pertama kali, saya ajar cara untuk menggunakan keratan pucuk ini.

Di sini, saya menggunakan lebih kurang hingga ruas jari ini sahaja (rujuk gambar). Lalu potong sahaja.

Pucuk yang telah dapat tadi, boleh bersihkan daun dia dan tinggalkan hanya 3 ataupun 2 helai daun sahaja. Lebih kurang satu ruas ini, akan biarkan dia berdaun.

Kenapa kena lebihkan macam ini tanam? Sebab ruas satu dua tiga ruas ini akar akan tumbuh melalui ruas-ruas ini. Jadi apabila dicucuk lebih banyak ruas, maka lebih banyak akar pokok akan keluar.

Andai kata yang bawah ini tak berakar, dia akan berakar di ruas yang ke-2 ataupun yang ke-3. Jadi di situ lebih senang pokok hiduplah. Satu kita cari pucuk yang agak-agak keras. Jangan cari yang lembik supaya bila cucuk nanti pucuk stabil.

Sebelum masukkan tanah, pastikan sumbu separuhlah daripada bekas. Maksudnya dia macam kat atas sikit macam ini (rujuk gambar). Ini kerana dia akan serap air ke tanah sampai ke atas.

Ini adalah tanah hitam campur kokopit dan sekam bakar.

Tanah hitam tadi dimasukkan ke dalam maggi cup secukupnya okey.

Apabila selesai, masukkan maggi cup ke dalam bekas biskut. Teknik ini paling senang, kerana boleh tinggal tanpa perlu siram setiap hari. Cuma pantau air di bawah ini sahaja.

Pastikan cara cucuk dia, tinggalkan tiga ruang macam ini dan cucuk sahaja.

Tak payah cucuk banyak, bekas kecil jadi empat atau lima pokok sudah memadai.

Tada! Ini lah hasilnya, jangan lupa isikan air dahulu okey. Sebelum itu, sirap dekat atas biar tanah dia lembap. Haaa sirap dahulu, sebab tanah lembap akan memudahkan pertambahan akar.

Apabila dah puas hati boleh letak air ke bawah (ke dalam bekas biskut). Letakkan secukupnya, tapi jangan sampai tenggelam lah dia punya cup tersebut.

Dah siap!

Tips:

1. Untuk pokok hidup supaya tak mati kering boleh letak di tempat teduh untuk sementara tunggu pokok stabil. Selepas 3 atau 4 hari baru boleh letak dekat cahaya matahari tapi jangan secara terus.

2. Selepas dah tumbuh nampak tunas-tunas, baru boleh letak air baja.

VIDEO PENUH

@alinkitchengarden

Replying to @rasofea cara tanam pokok kesum guna keratan pucuk dengan teknik hidropot..harap berjaya tau..sebab sy kongsikan yg lebih detail dh ni..klo x berjaya juga..boleh try kunyah pucuk dia..tanda protes pada pokok kesum..🤭🤭🤭#kebundapuralin #gardeningproject #gardeningtiktok #tutorialtanaman #gengkebun #kebunbandar #balconygarden

♬ original sound – KebunDapurAlin – KebunDapurAlin

Sumber: Tiktok alinkitchengarden

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×