Deko & Hias

Cara Tanam Ros Jepun Supaya Rimbun & Lebat Bunga!

5.6K
SHARES

Semenjak ramai dalam kalangan kita yang Work From Home, mesti ada beberapa aktiviti baharu yang anda ceburi bukan? Salah satunya adalah aktiviti bercucuk tanam yang boleh juga tenangkan minda. Jadi, buat anda yang baru pertama kali nak cuba bercucuk tanam, apa kata anda cuba tanam ros jepun di halaman rumah. Ini cara tanam ros jepun yang anda boleh gunakan supaya bunga pun lebat!

Baca juga: Atasi Masalah Pokok ‘Sakit’ Guna Paracetamol, Menjadi!

CARA TANAM ROS JEPUN

Hari ni sis nak kongsi macam mana cara sis tanam ros jepun disebabkan ramai yang pm tanya macam mana nak rimbun & bunga lebat!

1.Tanah apa-apa pun boleh asal tak bertakung air.Tabur baja mix untuk ros jepun. Sikit je satu pasu dalam satu sudu kecik anggaran dalam 10 biji je.

cara tanam ros

2.Nak rimbun..patah-patahkan dalam 2 inci je nanti akan bercabang-cabang banyak sampai litup pasu ..itu yang kita nak. Bila dah bercabang banyak setiap cabang akan keluar putik banyak baru lah bunga lebat & rapat-rapat.

3.Patahkan dalam 2 inci cucuk rapat-rapat dah siap letak kat panas terus. Siram 1 kali sehari pun dah ok.

4.Nanti lebat & rimbun macam ni. Bunga pun lebat & rapat-rapat.

cara tanam ros jepun

5.Cabang banyak..putik-putik bunga pun banyak.

6.Setiap hujung ranting ada putik bunga.

Cantik!

Sumber: Mi Fi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×