DIY & Kraf

DIY Baja Organik Modal ‘Ciput’, Pokok Tumbuh Dengan Meriah!

62
SHARES

Semenjak ramai dalam kalangan kita yang Work From Home, mesti ada beberapa aktiviti baharu yang anda ceburi bukan? Salah satunya adalah aktiviti bercucuk tanam yang boleh juga tenangkan minda. Tapi tak semua tanaman yang ditanam berhasil kalau anda tidak gunakan baja yang betul. Oleh itu, ini cara DIY baja organik dengan modal ‘ciput’ tetapi tanaman tumbuh dengan meriah!

Baca juga: Cara Tanam Ros Jepun Supaya Rimbun & Lebat Bunga

DIY BAJA ORGANIK, MODAL ‘CIPUT’ JE

Ok stok baja organik dah nak habis.. Jadi kita proses buat lain.. Sesuai untuk semua tanaman.. Modal RM pun ciput jaa nak buat baja ni.. Saya guna dah hampir 2 tahun dah sejak belajar berkebun dekat rumah dalam musim PKP ni.. Sayuran dan bunga-bungaan saya belum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lagi bagus kan.

1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3 kg, gula merah 3 kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.

diy baja organik

2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.

3.Perap selama sebulan di tempat gelap, jika tiada tempat gelap anda boleh tutup dengan plastik hitam.

4.Selepas sebulan tapis dah boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.

Cara Penggunaan

1. Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok. Boleh juga siram pada pangkal pokok sayur yang berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.

Hasil tanaman memang segar-segar dan hijau!

baja organik

baja organik

Selamat mencuba!

Sumber: Md Khalil Salleh via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×