Deko & Hias

Tanam Sayur Bayam Guna Penapis Je Bercambah Lebat, Sesuai Untuk Rumah Tiada Laman!

21
SHARES
cara tanam sayur bayam

Sekarang ini mudah sahaja untuk mendapatkan sayur bayam tanpa perlu membelinya di pasar. Anda boleh menggunakan cara tanam sayur bayam yang menggunakan penapis ini di rumah sahaja.

Teknik ini amat sesuai sekiranya rumah anda tidak mempunyai laman atau tanah untuk bercucuk tanam. Di mana, perkongsian idea bercucuk tanam sayur bayam dari Puan Yuziyana Yusop ini hanya menggunakan penapis dan baldi sahaja sebagai tapak tempat tanaman.

Baca juga: Cara Tanam Betik Sekaki, Lepas 5 Bulan Dah Berbuah & Saiz Panjang Puas Makan!

CARA TANAM SAYUR BAYAM GUNA PENAPIS

cara tanam sayur bayam

Bayam tapis.

Langkah 1

Buat lubang pada penapis.

Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman. Saya guna kayu saja dan tandakan pada kayu separas dasar tapis.

Ketepikan penapis dan tandakan kayu tadi di tepi baldi.

Tebuk yang ditanda guna paku panas. Tujuan lubang untuk air overflow.

Langkah 2

Gunting filterwool mengikut lebar lubang penapis yang ditebuk dan panjang filterwool hendaklah mencecah dasar baldi.

cara tanam sayur bayam

Masukkan air ke dalam baldi sehingga paras lubang overflow. Saya guna air kosong dulu.

Langkah 3

Kemudian, letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeping filterwool supaya sabut tak jatuh ke dalam air kelak. Jika terlalu tebal boleh belah dua, koyakkan saja.

Baca juga: Cara Tanam Tomato Dari Proses Semai Sampai Pokok Berbuah, Guna Baja Kulit Bawang Je!

Langkah 4

Tambah cocopeat atau sabut basah atas filterwool.

cara tanam sayur bayam

Taburkan secubit dua benih bayam ke atas sabut.

Spray air kosong supaya benih turut basah.

Langkah 5

Tutupkan 2-3 hari supaya benih cepat bercambah. Lepas benih bercambah, tukar air guna air baja ab (10-15ml ab+2L air).

Boleh terus dedahkan pada cahaya jika benih sudah mula tumbuh berdiri, selepas 3 hari.

Tambah air baja ab jika berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi jadi perlu di spray sabut supaya sentiasa basah.

cara tanam sayur bayam

Hasil tanaman bayam

Bayam dah boleh dituai selepas 4-6 minggu.

Baca juga: Tips Tanam Terung, Bunga Keluar Tapi Asyik Gugur, Guna 1 Teknik Ini Terus Berbuah!

Sumber: Yuziyana Yusop

FT Image: Yuziyana Yusop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×