Deko & Hias

Cara Tanam Betik Sekaki, Lepas 5 Bulan Dah Berbuah & Saiz Panjang Puas Makan!

62
SHARES
cara tanam betik

Pokok betik sekaki merupakan tanaman yang berbaloi untuk dicuba ditanam, kerana selepas 5 bulan ia sudah boleh disemai dan berbuah lebat. Malah, ia mengeluarkan saiz buah yang panjang dan besar, ditambah pula cara tanam betik ini pun tidak sesukar mana.

Oleh itu, mari lihat beberapa tips dan langkah-langkah penanaman betik sekaki seperti dikongsikan saudara Donis De Donnis di bawah.

Baca juga: Cara Tanam Tomato Dari Proses Semai Sampai Pokok Berbuah, Guna Baja Kulit Bawang Je!

CARA TANAM BETIK

cara tanam betik

Gambar: Donis De Donnis

TIP TANAM: BETIK SEKAKI MANIS HONGKONG

Buah betik berbentuk lonjong (buah hermafrodit) dan bulat (buah betina). Buah hermafrodit mempunyai rasa yang lebih sedap.

Baca juga: Tips Tanam Terung, Bunga Keluar Tapi Asyik Gugur, Guna 1 Teknik Ini Terus Berbuah!

Penyediaan biji benih

  1. Biji benih boleh disemai diatas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.
  2. Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8 hari.
  3. Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.
  4. Selepas anak benih berumur 4 minggu atau mempunyai daun 8 helai, anak semaian boleh di pindahkan.

Cara penanaman

  1. Kawasan penanaman hendaklah bersih dan digembur terlebih dahulu.
  2. Gali lubang sedalam 30cm x 30cm lebar.
  3. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur.
  4. Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.

Baca juga: ‘Trick’ & Tips Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Siapa Sangka Berbuah Sangat Lebat!

Pembajaan

  1. Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.
  2. Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.
  3. Baja NPK subur (baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1 bulan ke 2 bulan.
  4. 100gram usia pokok 3 bulan dan 300gram usia pokok 5 bulan.
  5. Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300gram sepokok setiap 6 bulan.
  6. Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau, pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga-bunga gugur.

Penghasilan buah

  1. Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.
  2. Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun.
  3. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.
  4. Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.
  5. Masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
  6. Jangka hidup betik antara 1-4 tahun.
  7. Hayat berbuah banyak 2 tahun.

Baca juga: Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!

Tips:

cara tanam betik

Gambar: Anak benih pokok hybrid klon

Pohon betik akan hidup subur dikawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur. Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.

Baca juga: Kaedah Tanam Bawang Yang Betul, Hasilnya Hidup Lama & Daun Tumbuh Bila Tuai Banyak Kali!

Sumber: Donis De Donnis via Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur

FT Image: Donis De Donnis / petuaibu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×