DIY & Kraf

Sisa Makanan Ini Boleh Jadi Baja Organik Tanaman Di Rumah, No.5 Paling Terkejut!

15
SHARES
baja organik

Stres kan bila tanaman asyik rosak dan tak menjadi? Oleh itu, baja organik untuk pokok-pokok yang ditanam sangat diperlukan supaya kekal segar dan tidak mudah layu.

Selain membeli baja di kedai, anda juga boleh membuat baja organik sendiri dengan menggunakan sisa makanan seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: 4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Hantar Kedai

7 SISA MAKANAN BOLEH JADI BAJA ORGANIK UNTUK TANAMAN

BAJA ORGANIK

1. Kulit buah oren

Sisa makanan yang boleh dijadikan baja organik untuk tanaman adalah kulit buah oren. Ia bukan sahaja boleh menyuburkan tanaman malah boleh menghalang kucing,kutu daun dan semut daripada merosakkan pokok.

Hal ini kerana haiwan tersebut tidak menyukai bau kulit oren. Jadi, anda boleh hiriskan kepingan kulit buah oren dan taburkan di sekeliling tanaman.

2. Lebihan sayur dan buah

Jangan buang kulit atau hujung sayur dan buah kerana ia boleh jadikan baja kompos untuk tanaman anda. Caranya mudah sahaja iaitu gali tanah dan tanam lebihan batang sayur. Kemudia, tutup semula lubang tersebut.

Dengan melakukan cara ini, tanaman boleh mendapat banyak nutrien dan tidak mudah layu.

3. Uncang teh

Uncang teh yang sudah digunakan biasanya akan dibuang. Betul tak? Apa kata selepas ini, jangan buang tetapi simpan untuk dijadikan baja tanaman.

Caranya adalah rendam uncang teh terpakai di dalam air biasa selama lebih kurang 15 minit. Kemudian, keluarkan uncang dan buang.

Kandung air teh yang keluar ketika direndam tadi, boleh tuang di akar atau daun tanaman supaya lebih segar. Mudah sahaja kan?

4. Air rebusan

Air rebusan sayur hijau boleh dijadikan baja organik untuk tumbuh-tumbuhan. Ini kerana air tersebut sudah mengandungi mineral dan vitamin yang sedia ada di dalam sayur atau buah.

5. Serbuk kopi

Serbuk kopi yang sudah digunakan jangan dibuang kerana anda boleh menjadikannya sebagai baja organik. Bahan-bahan yang ada di dalam kopi seperti nitrogen, kalium, fosforus dan lain-lain sangat berkesan untuk menjadikan tumbuhan lebih sihat.

Serbuk kopi juga boleh digunakan untuk menghalang serangga perosak. Caranya adalah anda hanya perlu menaburkan di sekeliling tanaman.

6. Kulit telur

Sudah menjadi kebiasaan, selepas menggunakan telur orang akan membuang kulitnya. Sebenarnya, kulit telur boleh dijadikan baja organik untuk tanaman anda.

Caranya adalah keringkan kulit telur selama 1 hingga 2 hari untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudian, tumbuk sehingga hancur dan campurkan ke dalam kompos tanaman.

Kulit telur mengandungi mineral, kalsium karbonat, magnesium, kalium, besi dan fosforus yang sangat baik untuk pertumbuhan.

7. Kulit pisang

Selain baik untuk kesihatan, pisang boleh memberikan manfaat yang baik untuk tumbuhan. Ini kerana terdapat bahan dalam kulit pisang yang bagus untuk membuat baja.

Jadi, boleh simpan 7 senarai sisa makanan di atas untuk dijadikan baja tanaman.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Tanggalkan Lencana Sekolah Anak Yang Ditampal Guna Gam, Mudah & Menjadi!

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×