Dapur

Guna 7 Cara Menarik Ini Manfaatkan Lebihan Limau Mandarin Yang Berkotak-Kotak Di Rumah!

14
SHARES
limau mandarin

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Maka, tidak hairan sekiranya anda menerima berkotak-kotak limau mandarin dari rakan-rakan yang berbangsa Cina.

Namun, satu kerisauan akan mula timbul jika limau yang diberi masih banyak berbaki di dalam kotak. Apa perlu buat, ya? Tak perlu khuatir, kerana terdapat bermacam-macam cara anda boleh manfaatkan dengan hanya limau mandarin sahaja. Mari lihat 7 cara menarik manfaatkan limau mandarin seperti di laman Butterkicap.

Baca juga: Resepi Sambal Totok Jawa Guna Petai Rangup, Rosak Diet Sebab Confirm Tambah Nasi!

LIMAU MANDARIN

limau mandarin

Gambar: 8photo

1. Teh oren

Cara pertama untuk menghabiskan limau mandarin adalah dengan membuat teh oren. Rasanya yang masam manis bersitrus oren dan wangi teh menjadikan ia gabungan yang cukup sedap.

  1. Masukkan sehiris buah oren di dalam cawan teh.
  2. Tuang teh panas ke dalamnya.
  3. Biar seketika untuk rasa oren itu meresap ke dalam teh.
  4. Boleh dinikmati panas-panas atau bersama ketulan ais.

Jika gemarkan rasa oren yang lebih kuat, letakkan hirisan oren di dalam serbuk teh sewaktu membancuh teh. Selain itu, boleh juga meletakkan dua sudu teh jus oren ke dalam teh.

2. Kuah salad

Berikan kelainan pada hidangan salad anda dengan sedikit kuah salad oren. Mudah sahaja nak menyediakannya:

Bahan-bahan dan cara:

  • 1 1/2 (1/3 cawan) jus oren
  • 1/2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/4 sudu teh garam laut
  • 1/4 sudu teh lada hitam

Masukkan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.

3. Hirisan oren bergula

Cara seterusnya untuk menghabiskan limau mandarin adalah dengan menyediakan ia sebagai hirisan limau bergula. Kalau anda membakar kek oren, boleh jadikan hirisan limau bergula ini sebagai hiasan.

  1. Hiris buah oren nipis-nipis.
  2. Gaul hirisan oren dalam periuk berisi air gula hingga kulit oren sedikit jernih.
  3. Pastikan anda alihkan hirisan oren setiap 15 minit untuk pastikan buah oren disalut dengan rata.
  4. Selepas itu, sejukkan di atas rak pembakar.

Baca juga: Cara Sebenar Jaga Periuk Stainless Steel, Sampai Anak Cucu Masih Elok Berkilat & Tahan Lama!

Baca juga: 3 Cara Peram Buah Tak Masak, Macam-Macam Jenis Boleh, Cuma Kaedah No. 3 Tak Digalakkan!

4. Kiub ais kulit oren

limau mandarin

Gambar: 8photo

Minuman sejuk dan menyegarkan memang dialu-alukan dalam cuaca yang panas terik. Jadi, salah satu cara untuk menyejukkan tekak anda adalah dengan membuat kiub air kulit oren.

  1. Hanya letakkan kulit oren yang dibersihkan dalam bekas ais.
  2. Isikan air dan simpan di dalam peti sejuk.

Apabila dah beku, masukkan ais yang berperisa segar itu ke dalam minuman kegemaran anda! Mudah, bukan?

5. Kek oren

Sudah menjadi satu kebiasaan, menjadikan buah-buahan lebihan di rumah sebagai manisan atau pencuci mulut. Sekiranya anda tidak menyukai kek atau pencuci mulut yang manis, kek oren merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

6. Jem marmalade

Ya, limau mandarin juga boleh dijadikan sebagai jem marmalade. Anda hanya memerlukan buah limau, gula dan sedikit perahan jus lemon untuk membuat jem ini.

Nanti jemnya sudah jadi, bolehlah sapukan ia di atas roti sebagai salah satu menu sarapan pagi atau minum petang anda di rumah.

7. Jus

Rugi kalau tak manfaatkan limau mandarin sebagai minuman jus. Sekiranya anda bosan dengan jus berperisa oren yang kosong, boleh campurkan sedikit rempah ratus seperti halia, bunga cengkih dan kayu manis.

Itu sahaja antara idea-idea menarik yang boleh dimanfaatkan menggunakan limau mandarin. Daripada membiarkan limau mandarin membusuk, lebih baik ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman.

Kepada masyarakat berbangsa Cina, editorial Sirap Limau ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

Baca juga: Resepi Gulai Kunyit Telur Ayam, Masa Masak Buat Cara Ini Baru Telur Cantik Tak Pecah!

Sumber: Butterkicap

FT Image: azerbaijan_stockers

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×