Dapur

Resepi Gulai Kunyit Telur Ayam, Masa Masak Buat Cara Ini Baru Telur Cantik Tak Pecah!

155
SHARES
telur masak lemak

Bila selalu sangat masak gulai guna telur itik, sekali-sekala tukar selera kepada telur ayam pun sedap juga. Asalkan lauk gulai telur masak lemak yang dihasilkan tidak hancur, betul tak?

Ditambah pula lauk telur masak lemak ini enak dimakan bersama ikan kering gelama, fuhhh boleh terangkat! Jom lihat resipi gulai kunyit telur ayam oleh Aftisa Fahmy di bawah bersama petua mengelakkan telur hancur.

Baca juga: Tips Goreng Tempe Luar Garing Tapi Isi Dalam Lembut Sangat, Sedap Lemak Bila Gigit!

TELUR MASAK LEMAK

telur masak lemak

Gambar: Aftisa Fahmy

Gulai kunyit telur ayam, paling cepat. Lawan dia ikan kering gelama dan ayam goreng kunyit dan ulam budu sedikit. Alhamdulillah.

Baca juga: Ala..Bila Goreng Mesti Pecah, Cuba Tips RAHSIA Goreng Telur Mata Kerbau Tak Pecah, Confirm Jadi!

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 200ml santan
  • Asam keping
  • 1 batang serai dititik
  • Tomato/cili hijau

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 inci kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar cili boh

Baca juga: Resepi Pancake Paling Sedap, Makan Esok Pun Masih Lembut & Tak Akan Kecewa Punyalah!

Baca juga: Resepi Sotong Celup Tepung Rangup & Tips Elak Meletop Semasa Goreng!

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan santan dan didihkan sebentar.
  4. Masukkan serai/asam keping.
  5. Masukkan garam/gula/serbuk perasa dan biarkan ia mendidih dengan api sederhana.
  6. Pecahkan telur ayam satu persatu dan perlahankan api.
  7. Kacau kuah manja-manja saja.
  8. Akhir sekali, masukkan tomato/cili hijau.

Siap!

Baca juga: Resepi Lawar Sejenis Kerabu, Lauk Lejen Ni Tak Perlu Masak Ikan Gaul-Gaul Je Dah Siap!

Petua telur ayam tak pecah

Salah satu cara untuk mengelakkan telur ayam tidak pecah sewaktu memasak gulai adalah dengan memecahkan telur satu persatu di dalam periuk lain. Caranya:

  1. Jerang air panas dan masukkan 4 sudu cuka sehingga ia mendidih.
  2. Seterusnya, pecahkan telur satu persatu dan biarkan ia masak.
  3. Akhir sekali, tapis keluar telur tersebut dan masukkan ke dalam kuah gulai yang telah masak.

Cuka fungsinya untuk mengelakkan telur pecah dan hasilnya ia berbentuk bulat atau bujur yang cantik.

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pasung, Memang ‘Limited’ Susah Nak Jumpa Luar Pantai Timur!

Sumber: Aftisa Fahmy

FT Image: Aftisa Fahmy / Ahmad Shukri Amiruddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×