Ubi tonyoh yang juga dikenali dengan nama ubi kayu parut atau ubi sagat ini merupakan hidangan popular orang dulu yang menjadi kesukaan atok dan nenek, terutama apabila tiba musim tengkujuh. Hal ini kerana, melalui perkongsian resepi ubi tonyoh Puan Mizah Ngatiman, makanan ini amat mudah untuk disediakan.
Baca juga: Resepi Putu Piring Kuih Tradisional Popular, Boleh Guna Acuan Bulat Gebu Hasilnya!
Tok Laki oyat inilah 1st time dio jupo Ubi Tonyoh. Tak rajin lagi make.
Tak tahu lah Abe weiiiii tengah viral di kampung makanan musim banjir katanya. Kebetulan semalam ke pasar pagi, saya jumpa ubi kayu elok baru dicabut, teruslah beli.
Tadi tengah hari balik hantar anak sekolah, singgahlah kedai runcit depan taman ini beli dua biji kelapa parut putih. Haaa terus kelentang kelentung mula menyagat.
Senang sangat! Alhamdulillah. Jadilah itu buat sendiri, terliur tengok.
Baca juga: Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!
Bahan-bahan:
- 3 batang ubi kayu saiz sederhana
- 1 biji kelapa parut (bahagi dua untuk dikukus dan digaul)
- Sedikit garam halus
- 1 sudu rata gula pasir (suka manis lebihkan)
- Penyagat
*ada yang gaul dengan Gula Nise/Gula Melaka
*ada yang buat warna-warni
Baca juga: Rahsia KUAH MI KARI Sedap Dari Chef, Letak 3 Bahan Ini, Rasa Umami Sampai Terangkat!
Cara penyediaan:
- Buang kulit ubi kayu dan dicuci bersih isinya.
- Kemudian, boleh mula menyagat ubi kayu dengan halus menggunakan penyagat.
- Ambil 2 sudu kelapa parut dan campurkan ke dalam bekas berisi ubi kayu tadi.
- Masukkan secubit garam halus dan satu sudu rata gula pasir.
- Gaulkan kesemua bahan-bahan itu sehingga sebati dan kukus selama 15 minit.
- Sementara itu, boleh ambil kelapa parut yang diasingkan dua tadi untuk dikukus sekejap bersama secubit garam halus.
Selepas 15 minit, ubi kayu boleh dikeluarkan dari periuk kukus dan ia sedia dinikmati bersama kelapa parut yang juga telah dikukus. Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Air Asam Cabai Picit, Pencicah Padu Ikan Bakar Stail Utara!
Sumber: Mizah Ngatiman via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Mizah Ngatiman