Putu piring banyak dijual di pasar malam, tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Pembaca nak cuba buat sendiri pun boleh, jom ikuti resepi putu piring Puan Shamsiah Zba di bawah.
Baca juga: 5 Petua Elak Santan Pecah Minyak, Kuah Cantik & Tak Bergentel Bila Masak Lemak!
RESEPI PUTU PIRING VERSI ACUAN
Hari ini saya cuba buat putu piring. Alhamdulillah, menjadi, sedap. Terima kasih penyumbang resipi putu piring versi acuan lompang, saya dapat 31 biji.
Baca juga: Resepi Agar Agar Lumut Yang Tak Renyah Proses, Manisan Popular Orang Dulu-Dulu!
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras cap teratai
- Gula apong / gula melaka ditumbuk
- Daun pandan
- Sedikit garam
- Secawan air
Kelengkapan lain:
- Penapis
- Bekas acuan (saya guna acuan kuih lompang)
- Periuk kukus
- Kain bersih
Baca juga: Kenali 6 Ikan Air Sungai Yang Ada Sengat Duri, Info Berguna Pemancing ‘Beginner’!
Cara penyediaan:
- Masak secawan air dengan daun pandan dan tambah sedikit garam.
- Apabila bau pandan dah naik, boleh tutup api.
- Dalam mangkuk lain pula, masukkan tepung beras dan campur 13 sudu besar air pandan yang dimasak tadi (nak lebihkan air sedikit pun tak apa).
- Kemudian, gaulkan rata dan hasilnya tepung akan jadi berketul kerana dibasahkan tadi.
- Ambil penapis dan tapis tepung tadi. Pastikan tepung disogok kuat pada penapis untuk ia keluar seakan serbuk roti yang berderai.
- Bila dah siap, masukkan tepung dalam separuh di dalam acuan.
- Bahagian tengahnya boleh letak gula melaka dan kemudian tambahkan lagi dengan tepung (jangan tekan tepung dalam acuan untuk elak ia melekat).
- Pindahkan ke dalam periuk kukus dan pastikan bahagian atas dilapik dengan kain, ia bagi mengelakkan air dari penutup periuk jatuh ke dalam bekas acuan.
- Masakkan ia dalam 10-15 minit sahaja. Kalau acuan anda tebal boleh masak lama sedikit.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Lepat Pisang Lembut & Manis, Kena Guna Pisang Ini Rasanya Lagi Sedap!
Sumber: Shamsiah Zba via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Shamsiah Zba