Dapur

7 Jenis Kuih ‘Legend’ Warna Hijau Bersama Resipi, Ada Tak Yang Anda Kenal?

1
SHARES
koleksi kuih warna hijau

Pada kali ini, penulis ingin berkongsikan resepi beberapa koleksi kuih warna hijau yang ada di Malaysia. Kuih-muih berwarna hijau ini bukan sahaja sudah tahap ‘legend’, malah kemungkinan besar anda juga tidak mengenalinya atau sudah jarang jumpa.

Jom lihat senarai kuih berwarna hijau daripada pelbagai sumber di bawah,yang dikongsikan oleh netizen.

Baca juga: Resepi KACANG BOTAK Goreng ‘Crispy’, Kudapan Ringkas & Mudah Untuk Raya!

KOLEKSI KUIH WARNA HIJAU

koleksi kuih warna hijau

Gambar: Miza Abdullah

1. Cara Manis

Saya buat satu adunan dapat 27 biji bergantung pada jenis acuan.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Gula untuk inti
  • Minyak untuk oles acuan
  1. Adunan dikisar kecuali gula dan minyak.
  2. Oleskan minyak dan masukkan sikit ke dalam acuan.
  3. Nampak luar garing sikit masukkan gula, kalau masuk awal-awal ia akan tembus ke acuan jadi lekat-lekat.

Sumber: Miza Abdullah

Baca juga: Rendang Maman Daging Berapi & Tips Elak Kuah Pahit, ‘Speciality’ Orang Negeri Sembilan!

2. Nona Manis

koleksi kuih warna hijau

Gambar: Siti Hawa

Inti (warna putih)

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  1. Campurkn sebati dan masak sampai mendidih.

Bahagian luar (warna hijau)

Bahagian A

  • 1 cawan santan sederhana pekat*
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan gula*
  • 1 biji telur (kisar)
  1. Kacau sebati bahan bertanda *.
  2. Campurkan telur yang dikisar dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  3. Tapis jika tepung berketul (jangan kisar, akan sebabkan tekstur berubah).

(Bahagian B)

  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air pandan (1/2 cawan air + 4 helai daun pandan)
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  1. Campur sebati masak sampai pekat berkilat.
  2. Campurkan bahagian A n bahagian B.
  3. Kacau sebati.
  4. Isi 3/4 penuh dalam acuan, masukkan inti (rujuk video).
  5. Cara untuk masukkan inti di bahagian tengah, guna botol sos. 
  6. Kukus 7 minit untuk dapatkan permukaan yang cantik.

Sumber: Siti Hawa

Baca juga: Resipi Semperit Susu 3 Bahan, Senang Saja Nak Buat Hanya Bakar Atas Dapur Gas!

3. Seri Muka

kuih warna hijau

Gambar: Stcaldina Ismail

Kuih seri muka loyang saiz 8×8.

(Lapisan bawah)

  • 1 1/2 cawan beras pulut
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak
  • 2 helai daun pandan
  1. Rendam pulut selama 1-2 jam dan kemudian kukus pulut 30 minit.

(Lapisan atas)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan air pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau+kuning
  1. Bancuh bahan-bahan di atas. Masak atas api hingga naik wap. Tuang bancuhan atas pulut yang telah dipadatkan.
  2. Kukus 40 minit. Buka penutupnya dan kukus lagi selama 10 minit untuk keringkan air di bahagian atas.

Sumber: Stcaldina Ismail

Baca juga: Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!

4. Puteri Ayu

kuih warna hijau

Gambar: Rahmah Rosmin

Harini saya ikut resipi Youtube Che Nom, syukur gebu ya amat kejadiannya.

  • 2 biji telur gred A (akak guna gred B- 3 biji)
  • 1 cawan gula kastor (akak guna 3/4 cawan )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovalete
  • 3/4 cawan santan (guna KARA)
  • 1/4 cawan air pandan
  • Pewarna hijau secukupnya
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung *(nak guna tepung gandum semua pun boleh)

*Kelapa parut putih anggaran 2 1/2 cawan + 1 sudu B membukit tepung ubi + garam secukupnya.

*Isi dalam acuan puteri ayu yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tekan-tekan bagi padat dan kukus sekejap. Baru masukkan doh hijau.

  1. Putar telur, gula, esen vanilla sampai gula larut.
  2. Masukkan ovalete putar lagi sampai kembang bertanduk.
  3. Campurkan santan dengan air daun pandan dan pewarna tadi kacau sebati.
  4. Lepas itu tuang ke dalam adunan telur tadi sikit-sikit sambil putar berselang-seli dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
  5. Putar sekejap je 2 3 saat, lepas itu kaup-kaup balik guna spatula ok dah siap boleh tuang dalam acuan.
  6. Kukus selama lebih kurang 10-12 minit.

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca juga: Rahsia RENDANG AYAM HANCUR Jadi Lebih Sedap, Masukkan Bahan Ini Baru Ada Umphhh!

5. Kuih Ketayap

kuih warna hijau

Gambar: Rahmah Rosmin

  • 2 cawan tepung gandum (sis guna cap ros)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam
  • 2 1/4 – 2 1/2 cawan air pandan / secukupnya
  • Sedikit pewarna hijau apple – jika perlu
  1. Bancuh semua bahan di atas kemudian kisar hingga halus.
  2. Panaskan kuali non stick-pastikan pan, dah panas baru tuang adunan.
  3. Tuang sedikit adunan kemudian lenggangkan.
  4. Bila dah masak angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa.
  5. Kemudian gulung kemas-kemas.

Inti kelapa:

  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 sudu B gula pasir (ikutlah nak manis mana)
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum (biar inti tak berderai)
  • Secubit garam
  1. Masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut, tapis air gula.
  2. Masukkan kelapa, kacau hingga air kering dan kelapa masak.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

*Kalau suka inti warna hitam masukkan sedikit kicap pekat.

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca juga: Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya

6. Kuih Peria

kuih tradisional

Gambar: Rahmah Rosmin

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 cawan @ secukupnya santan cair / air
  • Pewarna makanan hijau
  • Minyak masak
  • Inti kacang merah
  • Sarung buah – untuk membentuk jalur
  1. Masukan tepung pulut, tepung gandum, garam, santan cair dan pewarna makanan ke dalam sebuah bekas dan uli sehingga membentuk doh.
  2. Kemudian oles sedikit tangan dengan minyak, ambil sedikit doh kecil dan bentukan membulat, kemudian leperkan dan letak di atas sarung buah.
  3. Isikan inti kacang merah di tengahnya dan tutup kemas. Kemudian gulung bersama sarung buah. Tekan sedikit untuk membentuk corak.
  4. Apabila sudah siap semuanya, kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana kuat.

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca juga: Resepi KUIH LIMAS Asli Perak Yang Seakan Tepung Pelita, Beza Terletak Pada Tepungnya!

7. Kuih Bakar Pandan

kuih tradisional

Gambar: Rahmah Rosmin

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir (manis ikut cita rasa)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 21/4 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bijan secukupnya
  1. Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan.
  2. Kemudian kisar hingga halus.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak, panaskan sekejap atas dapur gas.
  4. Kemudian tuang adunan dan tabur bijan.
  5. Bakar hingga masak kuih bakar pandan.

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca juga: Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan…

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×