Kuih limas merupakan kuih tradisi negeri Perak yang menggunakan tepung gandum. Penggunaan tepung ini yang membezakan kuih limas dengan kuih tepung pelita yang menggunakan tepung beras.
Bahkan kuih limas juga menyerupai dengan kuih sampan. Jangan sampai tersalah beli pula, sekiranya anda menginginkan kuih limas. Tapi nak lagi selamat, apa kata anda buat sendiri kuih limas di rumah dengan resepi yang dikongsikan Tn Adam Feerdaus ini.
Baca juga: Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan…
KUIH LIMAS
Hari ini pepagi maa ketuk pintu bilik, “bang, buatkan kuih limas teringinlah buat berbuka.” Abang pun carilah daun pisang buat perahu terlajak boleh diundur, terlajak kata badan binasa haaa macam tu lah.
Limas adalah kuih favourite arwah ayah dan maa abang, sebenar dia rindu arwah tapi tak nak cakap, kuih inilah pengubat rindu dia.
Kuih ini kalau sekali tengok orang akan kata tepung pelita, tapi bukan ya. LIMAS Perak, orang Perak tahu sangatlah kuih ini.
Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!
Kalau cari dekat bazar 30 hari 30 bazar, belum tentu jumpa ya. Orang selalu jual itu tepung pelita. Perbezaannya proses pembuatan dan bahan:
- Limas guna tepung gandum, kukus lapisan hijau dan putih sampai masak.
- Tepung pelita guna tepung beras, masak dulu sampai likat kilat dan kemudian masuk dalam bekas.
Limas ini paling best bawah dia ada air gula. Orang luar ramai juga yang kenal kuih ini.
Kalau ditanya mana lagi sedap, pada abang limas ke tepung pelita ke ada rasa tersendiri. Walaupun, mereka ini sebenarnya sepupu.
Baca juga: Resepi Lauk ‘Simple’ Guna DAGING BURGER, Sesuai Sangat Bila Bahan Basah Dah Habis!
Resepi limas perak
(Lapisan hijau)
- 2 cawan santan cair
- 1 1/2 cawan air pandan
- 4 sudu besar gula
- Sedikit garam
- 1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sudu lagi
- Pewarna
- Campur semua sampai sebati.
Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!
(Lapisan putih)
- 2 1/2 cawan santan pekat
- 3/4 tepung gandum
- Sedikit garam
- 1 sudu gula
- Campur semua bahan hingga sebati.
- Masukkan gula pasir dalam kelongsong/sampan/bekas.
- Masukkan bancuhan hijau.
- Kukus 12 minit.
- Sejukkan masukkan lapisan putih.
- Kukus 10 minit.
Siap!
Baca juga: Resepi LAICI KANG, Air Berbuka Puasa Penyejuk Tekak Yang Melegakan~
Sumber: Tn Adam Feerdaus
FT Image: Tn Adam Feerdaus