Dapur

Resepi Lauk ‘Simple’ Guna DAGING BURGER, Sesuai Sangat Bila Bahan Basah Dah Habis!

46
SHARES
resepi lauk daging burger

Sekiranya terdapat daging burger di dalam peti sejuk, mari gunakannya untuk membuat lauk hidangan. Ternyata, resepi lauk daging burger memang mudah dimasak dan pastinya akan membuka selera perut anda.

Jadi tak perlu risau, apabila bahan basah seperti ayam dan ikan telah habis kerana ada daging burger yang sedap juga dibuat lauk. Mari lihat resepi lauk daging burger oleh Siti Nursoleha Nawawi di bawah.

Baca juga: 7 Jenis TAUHU Yang Jarang Anda Kenal, Tapi Tanpa Sedar Pernah Makan!

RESEPI LAUK DAGING BURGER

resepi lauk daging burger

Gambar: Siti Nursoleha Nawawi

Daging burger dijadikan lauk, siapa biasa buat? Pelik. Bagi saya sangat pelik.

Tapi suami request, katanya dia biasa makan dekat kantin sekolah menengah. Kira menggamit kenangan lah. Cuma biasanya dia makan yang berkuah, ada lada boh.

Lauk yang ini dia sendiri Googlekan resepi. Simple. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!

Update:

Terima kasih semua, tak dapat nak balas komen satu-satu. Nampaknya saya yang pelik, bukan lauk ini hehe. Memang sedap!!! Sesuai sangat waktu lauk basah dah habis.

Baca juga: Resepi LAICI KANG, Air Berbuka Puasa Penyejuk Tekak Yang Melegakan~

Bahan-bahan:

resepi daging burger

Gambar: Siti Nursoleha Nawawi

  • Daging burger
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Sos cili

Cara penyediaan lauk daging burger yang mudah:

resepi lauk daging burger

Gambar: Siti Nursoleha Nawawi

  1. Mula-mula, panggang atau goreng daging burger sehingga ia masak dan ketepikan.
  2. Sambil itu, bolehlah menghiris bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  3. Kemudian, tumiskan tiga bahan hirisan tadi sehingga naik baunya.
  4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili.
  5. Setelah itu, masukkan daging burger dan gaulkan hingga sebati.
  6. Akhir sekali, boleh masukkan garam dan gula secukupnya.

Dah siap. Sedia menikmati lauk daging burger bersama nasi panas, memang sedap!!!

Baca juga: 5 Tips Pilih Daun Pisang Untuk Bungkusan Makanan, Ilmu Berguna Buat Peniaga!

Sumber: Siti Nursoleha Nawawi

FT Image: Siti Nursoleha Nawawi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×