Dapur

Tips Elak Urid Acid Naik Sewaktu Makan Daging, Minum Cuka Ini Dulu!

2
SHARES
peningkatan urid acid

Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat sebenarnya, takut untuk makan daging kerana khuatir akan peningkatan urid acid. Di mana, ia dikatakan akan berisiko terkena gout. Namun, melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, terdapat tips elak peningkatan urid acid sewaktu makan daging yang boleh anda cuba lakukan.

Anda kena minum cuka ini terlebih dahulu, 30 minit sebelum makan daging. Nak tahu jenis cuka dan cara pengambilannya? Mari teruskan bacaan anda di bawah.

Baca juga: Ini 7 Manfaat Makan Telur Ayam Kampung, No. 6 Tu Orang Lelaki Paling Suka!

PENINGKATAN URID ACID

peningkatan urid acid

Gambar: Dr. Rizal Abu Bakar

Dua tiga hari ini confirm jadi pesta daging. Ramai nanti balun sakan daging. Ada nak makan tapi takut kena gout.

Katanya takut nanti uric acid naik. Nak tak kalau saya kongsi makan daging tapi uric acid tak naik? Caranya senang saja.

  1. Sebelum makan daging, ambil apple cider atau cuka epal.
  2. Hanya masukkan satu sudu apple cider dalam satu mug air.
  3. Letak sikit garam bukit.
  4. Minum apple cider ini 30 minit sebelum makan daging.

Nak minum guna straw ya. Nak elak dari enammel gigi terhakis.

Kalau dah termakan daging dulu macam mana? Tak perlu risau. Balik rumah buat terus formula apple cider ni. InsyaAllah, akan banyak okay dari tak ambil langsung.

Betul ke boleh turunkan uric acid? Ada kajian di Jepun tahun 2010 kata boleh. Kajian pun masuk dalam saintifik jurnal nama Nutrition Journal.

Apapun makan tu mesti juga bersukat. Mesti berpada pada.

Baca juga: Resipi Beef Steak Homemade, Lebih Jimat & Kuantiti Banyak Baru Puas Makan!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

FT Image: Kinga Krzeminska – Getty Images / Stockking

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×