Sihat

Nak Elak Alami PCOS? Betulkan Insulin Resistance Dulu Dengan Beberapa Langkah Ini!

2
SHARES
tanda-tanda PCOS

Tahukah anda period tak teratur merupakan antara tanda utama kepada masalah Polycystic Ovarian Syndrom (PCOS). Malah, Doktor Yusuf turut berkongsikan beberapa tanda-tanda PCOS yang lain.

Adanya tanda-tanda PCOS disebabkan berlakunya peningkatan hormon lelaki pada wanita yang berpunca daripada insulin resistance. Di mana, gula yang berlebihan dan berada lama dalam darah telah mengganggu insulin melakukan tugasnya. Mari ikuti butiran lanjut di bawah.

Baca juga: Ada Kuning Kecil Seperti Jerawat, Rupanya Ketuat! Ini Rawatan & Langkah Pencegahan

TANDA-TANDA PCOS

tanda-tanda PCOS

  • Period tak teratur
  • Muka penuh jerawat
  • Mempunyai bulu misai dan janggut
  • Rambut banyak gugur
  • Susah nak hamil

Ini semua adalah tanda-tanda Polycystic Ovarian Syndrom (PCOS). Di mana, terjadinya peningkatan hormon lelaki pada wanita seperti dinyatakan seorang Doktor Perubatan, Doktor Yusuf di laman Tiktoknya.

Punca utama hormon lelaki meningkat pada seseorang wanita itu adalah kerana gula yang terjadinya insulin resistance. Selalunya seseorang yang mempunyai masalah PCOS, doktor akan memberikan ubat kencing manis untuk mengawal insulin dalam badan.

Ia untuk membantu menstabilkan insulin semula. Makanya, anda perlu memperbetulkan insulin resistance dalam badan.

APAKAH INSULIN RESISTANCE

Menurut Doktor Yusuf, insulin resistant bermakna insulin tidak dapat melakukan kerjanya dengan sempurna. Manakala, insulin adalah hormon yang berfungsi untuk menstabilkan gula dalam darah.

Sekiranya, gula dalam darah berlebihan dalam jangka waktu yang lama akan terjadinya gangguan kerja insulin yang menyebabkan insulin tidak dapat melakukan tugasannya. Kesannya, gula dalam darah jadi semakin tinggi.

Jadinya, gejala-gejala insulin resistant akan terjadi disebabkan gula dalam darah terlalu tinggi.

LANGKAH MENCEGAH INSULIN RESISTANT

Doktor Yusus menyatakan terdapat beberapa langkah untuk mencegah insulin resistance seperti berikut:

  • Lakukan senaman resistant training – Meningkatkan insulin sensitiviti.
  • Berpuasa – Meningkatkan insulin sensitiviti.
  • Makan fiber seperti sayur-sayuran – Ia akan melambatkan peningkatan gula dalam darah.
  • Cuka epal – Ia akan merendahkan peningkatan gula dalam darah.
  • Kayu manis, Vitamin D dan Omega 3 Fish Oil.

Sumber: Tiktok dryusuf23

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×