Famili

Sendi Kerap Sakit Sampai Berdenyut-Denyut, Ambil 7 Makanan Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit

10
SHARES
punca sakit sendi

“Aduh sakitnya sendi pinggang ni..nak makan apalah untuk hilangkan punca sakit sendi ni?”

Bila difikirkan semula, sakit sendi selalunya terjadi kepada mereka yang sudah lanjut umur. Namun, itu semuanya dahulu kerana banyak faktor telah menyebabkan golongan muda juga tidak terlepas untuk mengalami keradangan sendi.

Bagi mengurangkan ketidakselesaan akibat sakit badan ini, terdapat beberapa jenis sumber makanan yang anda boleh ambil supaya dapat mengurangkan masalah kesakitan berkaitan sendi ini. Tidaklah usia masih muda tapi dah sakit situ sini bahagian badan tu kan?

Baca juga: Orang Ramai Kena Tahu Apa Beza Label ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Dekat Makanan

PUNCA SAKIT SENDI: 7 MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT

punca sakit sendi

1.Asid lemak/ Omega 3

Tidak boleh disangkal lagi, kebaikan Omega 3 Fish oil menjadi perbualan orang ramai. Ada yang mengambilnya untuk mencantikkan kulit dan ada juga untuk melindungi kesihatan jantung. Namun, rupa-rupanya pengambilan Omega 3 juga adalah sangat bagus untuk mengurangkan kesakitan sendi badan.

2.Kekacang

Pengambilan kacang walnut, almond, flax seed, chia seed atau pine seed sudah cukup untuk mengurangkan keradangan yang berlaku sekitar sendi dan mengurangkan sakit pada tisu penghubung dalam badan. Bukan itu sahaja, kekacang juga merupakan makanan kudap-kudapan yang sangat bagus untuk anda yang vegetarian dan nak diet.

3.Sayur-sayuran jenis Brassica

Apa itu sayur-sayuran jenis Brassica? Sayur jenis ini berkaitan rapat dengan spesis sawi dan kubis. Sayuran hijau seperti sawi, arugula, kale dan kubis ungu juga merupakan golongan yang sama dengan sayur jenis Brassica. Jika anda kurang gemar untuk makan sayur-sayur ini secara fresh, anda juga boleh dapatkan di dalam bentuk suplemen di farmasi.

4.Buah-buahan berwarna-warni

Memang terliur dibuatnya apabila melihat pelbagai jenis buah-buahan berwarna-warni bukan? Inilah merupakan antara makanan yang membantu menghilangkan radang dalam badan. Contohnya, nanas yang dikatakan mempunyai asid yang tinggi dan tidak digalakkan makan, rupa-rupanya merupakan sumber yang kuat untuk melawan sakit sendi badan.

punca sakit sendi

5.Minyak zaitun

Untuk pengetahuan anda, minyak matahari dan minyak kelapa sawit sebenarnya menjadi punca kepada masalah radang sendi. Bagi mengelakkan perkara ini tidak berlaku lagi, anda boleh menukar jenis minyak kepada minyak zaitun untuk setiap masakan. Apa kata cuba gunakan dua sudu besar minyak zaitun di dalam hidangan salad .

6.Bawang putih dan sayur akar

Bawang putih, bawang merah, halia dan kunyi merupakan antara sumber makanan yang bersifat anti-radang. Banyak kajian mendapati bahawa tumbuhan jenis akar ini sangat berguna dan berkesan merawat pesakit asthritis dan sakit sendi. Jadi, letaklah banyak-banyak sumber makanan ini dalam makanan seharian anda.

7.Sup tulang

Wah! Mesti ramai dalam kalangan anda yang suka bila salah satu menu bagus untuk menghilangkan sakit sendi adalah makan sup tulang. Sup tulang mengandungi glucosamine, chondroitin dan asid amino yang terbukti untuk mengimbangkan sakit-sakit sendi dalam badan. Hal ini kerana, ia dimasak seperti kandungan kolagen yang memang bagus untuk meremajakan kulit serta tegangkan sendi yang lemah.

*Bila dah hilang segala sakit-sakit sendiri ini, barulah boleh shopping seharian bila berada di pusat membeli-belah tu kan?

Sumber: CeriaSihat.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×