Sihat

Viral Air Balang Manis Potong Kaki, Peniaga Boleh Guna Tips Bancuh Air Jadi Lebih Sihat!

32
SHARES
penyakit diabetes

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial apabila ada doktor yang menegur jenis air yang dijual di bazar Ramadan semuanya boleh menyebabkan peningkatan penyakit diabetes.

Walaupun teguran tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai yang menyokong serta tidak menyokong, kesedaran mengenai penyakit diabetes perlu dicaknakan.

Oleh itu, buat anda yang sering berkunjung ke bazar Ramadan, penting untuk membuat pilihan yang bijak sebelum membeli. Bukan itu sahaja, pesanan ini juga penting kepada peniaga di bazar supaya dapat membuat olahan resepi air menjadi lebih berkhasiat untuk orang ramai.

Baca juga: Sedapnya Air Tebu, Tapi Ibu Hamil Boleh Ke Minum? Ini Jawapan TEPAT Daripada Doktor!

ELAK PENYAKIT DIABETES, INI TIPS BANCUH AIR BALANG LEBIH SIHAT

penyakit diabetes

Air kosong tetap pilihan yang terbaik, namun jika anda teringin untuk minum minuman berperisa (air balang) boleh buat pilihan dengan memilih jenis memilih minuman yang lebih sihat.

Warna air yang terang memang cukup menggoda, namun ia adalah petanda minuman banyak bahan pewarna. Pewarna berlebihan boleh menyebabkan alahan dan risiko pelbagai penyakit termasuk kanser. Oleh itu, pilihlah warna minuman yang tidak terlalu terang.

TIPS AIR BANCUH TAK TERLALU MANIS

Antara tips lain yang anda boleh gunakan supaya air yang dijual tidak terlalu manis:

-Warna tidak terlalu terang, kurangkan pewarna.

-Jika air terlalu manis, tambah air dan kongsikan dengan orang lain.

Pilih minuman yang tidak menggunakan susu pekat manis.

-Pilih minuman berasaskan jus sebenar.

-Perhatikan tahap kebersihan penjual.

penyakit diabetes

Gula tambahan adalah bahan utama untuk air balang. Jika air terlalu manis, tambahkan air dan kongsikan dengan lebih ramai orang (bukan minum sendirian). Selain itu, perhatikan tahap kebersihan penjual. Jika peniaga tidak memakai apron, merokok dan persekitaran kotor, pilihlah premis yang lain.

Informasi dikongsi, pilihan di tangan anda.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×