Dapur

Resepi Telur Bistik Daging Melimpah Ruah, Guna Daging Burger Je Paling Cepat & Sedap!

15
SHARES
telur bistik

Buat anda yang sudah berkeluarga, kadang-kadang pasti teringat momen-momen semasa bujang terutama sekali menu masakan bajet semasa di universiti atau rumah sewa. Salah satu menu bajet yang menjadi pilihan sudah pasti telur bistik yang memang enak!

Namun, menu ini kini bukan sahaja menjadi menu pilihan orang bujang malah anda kalau nak hidangkan kepada seisi keluarga pun boleh. Berikut merupakan resepi telur bistik daging melimpah ruah dan anda hanya perlu menggunakan daging burger atau beef patty.

Baca juga: Teknik Paling Ekspres Kupas Bawang Merah Ramai Tak Tahu, Boleh Tarik Macam Selaput Je!

RESEPI TELUR BISTIK DAGING MELIMPAH!

telur bistik

Telur bistik ni dulu merupakan menu famous semasa zaman belajar. Sangat mudah disediakan. Tak ada idea nak masak apa jom cuba telur bistik.

Bahan-bahan:

-2 biji telur
-2 keping beef burger ( boleh tukar dengan daging kisar)
-1 biji cili
-1 bawang besar
-3 sudu sos cili
-1 sudu sos tiram
-Serbuk lada
-Kicap manis pedas mahsuri

telur bistik

Cara-caranya:

1. Goreng telur sehingga garing. Tipsnya kena banyakkan minyak semasa menggoreng.

2. Angkat telur dan ketepikan. Kurangkan baki minyak dan masukkan bawang dan cili.

3. Masukkan 2 keping beef patty. Goreng sampai daging hancur. Boleh ganti dengan daging kisar.

4. Masukkan sos cili, kicap mahsuri, sos tiram dan sedikit lada.

5. Masa ini dah boleh tambah sedikit air. Kemudian dah siap dan boleh dinikmati bersama nasi panas.

*Selamat mencuba. Boleh dijadikan menu berbuka bajet atau menu bersahur!

Baca juga: Cara Buat Sambal Sardin Berapi Versi Hancur, Berpinggan-Pinggan Tambah Nasi!

Sumber: Resepi Paling Sedap via Razzi Hajemi 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×