Dapur

5 Tips Pilih Daun Pisang Untuk Bungkusan Makanan, Ilmu Berguna Buat Peniaga!

43
SHARES
daun pisang

Daun pisang sudah lama digunakan untuk membungkus makanan. Malah, pada zaman moden seperti sekarang, masih ada orang yang menggunakan daun pisang untuk membungkus makanan.

Selain memberikan aroma semula jadi kepada hidangan, ia juga mesra alam.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

DAUN PISANG BUNGKUSAN MAKANAN

daun pisang

Gambar: 4045

Namun, memilih daun pisang untuk bungkus makanan tidak boleh sembarangan. Jika dilakukan secara tidak betul, daun pisang boleh koyak dengan sangat mudah.

Justeru itu, beberapa tips di bawah pasti akan membantu para peniaga, terutamanya.

Baca juga: Resepi Gulai Kunyit Telur Ayam, Masa Masak Buat Cara Ini Baru Telur Cantik Tak Pecah!

1. Pakai daun pisang berwarna hijau segar

daun pisang

Gambar: jcomp

Sebenarnya, daun pisang boleh disimpan selama satu hingga dua hari atau lebih di rumah. Namun begitu, anda tetap harus menggunakan daun pisang segar yang baru diambil dari pokoknya agar ketahanannya terjamin.

Daun pisang segar dicirikan oleh warna hijaunya. Elakkan memilih daun pisang yang berwarna kuning, kering dan mempunyai koyakan.

2. Pilih jenis daun pisang ikut kesesuaian makanan

Daun pisang tua lebih kuat, tetapi daun muda lebih fleksibel untuk membungkus makanan. Jadi, sesuaikan dengan jenis makanan, ya.

3. Jangan daun pisang untuk bungkusan nasi

Jangan pilih daun pisang yang terlalu tebal kerana ia tidak sesuai digunakan untuk membungkus nasi. Jika daun pisang yang tebal itu rapuh, cepatlah koyaknya. Jadi, lebih sukar juga.

Sebaiknya, pilihlah daun pisang yang agak nipis dan lembut supaya lebih mudah dibentuk semasa membungkus.

4. Guna bahagian tengah daun pisang

Gunakan bahagian tengah daun pisang kerana ia lebih kuat dan fleksibel untuk membungkus makanan dengan selamat.

5. Daun pisang bebas racun perosak

Pastikan daun pisang bebas daripada racun perosak atau bahan kimia berbahaya lain supaya ia lebih selamat digunakan.

Baca juga: 5 Cara Siang Ikan Panduan Lengkap Guna Pelbagai Alat, Lepas Ini Sebelah Mata Je Boleh Buat!

cara simpan daun pisang tahan lama

Gambar: wirestock

Daun pisang yang selebihnya boleh simpan untuk digunakan sebagai pembungkus makanan. Tapi, pastikan ia disimpan dengan betul.

Jangan teragak-agak untuk menggunakan semula daun pisang yang masih sesuai digunakan untuk membungkus makanan kerana ia dapat mengurangkan pembaziran.

Setelah mengaplikasikan kesemua petua di atas, diharap anda dapat memilih daun pisang yang sesuai untuk membungkus makanan. Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Goreng Tempe Luar Garing Tapi Isi Dalam Lembut Sangat, Sedap Lemak Bila Gigit!

Sumber: Kompas / IDNTimes

FT Image: jeswin / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×