Sebut sahaja kuih cara manis pasti versi hijau pandan dalam fikiran anda. Selain perisa itu, boleh juga cuba inti jagung seperti perkongsian pengguna Facebook di bawah ini.
Resepi kuih cara manis inti jagung ini sudah tentunya berbeza dan sukar untuk dibeli di luar. Jadi, buat sahaja sendiri di rumah kerana mudah. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Sandwich Telur Goreng, Rangup Macam Ini Pasti Lebih Sedap!
KUIH CARA MANIS VERSI INTI JAGUNG, LEMAK MANIS SEDAPNYA
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur gred A
- 1/2 cawan jagung
- 3 1/4 cawan santan
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla
- Perisa jagung
- Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara penyediaan kuih cara manis inti jagung:
1. Sediakan jagung 1/2 cawan dan kisar bersama 1 cawan santan. Pastikan jangan terlalu halus sangat.
2. Setelah itu, tuang di dalam satu bekas dan ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, masukkan semua bahan-bahan lain dan gaul sehingga rata.
4. Setelah rata, masukkan bahan kisar tadi dan gaul sehingga sebati.
5. Panaskan acuan di atas dapur gas menggunakan api perlahan dan sapukan sedikit minyak.
6. Kemudian, tuang adunan penuh ke dalam acuan dan biarkan seketika.
7. Letakkan sedikit gula dalam adunan dan tutup periuk acuan. Biarkan sehingga kuih cara manis kelihatan sedikit kekuningan di bahagian tepi.
8. Boleh angkat dan keluarkan menggunnakan lidi.
9. Sebelum tuang adunan seterusnya, kacau dahulu adunan dalam jag.
10. Ulang sehingga habis adunan dan sedia untuk dihidangkan.
Kuih cara manis inti jagung ini memang sesuai dijadikan hidangan minum petang.
Selamat mencuba!
Baca juga: Nasi Kak Wok Gulai Kaki Ayam, Resepi Asli Kelantan Pasti Terlajak Sedap!
Sumber: Facebook Zura Zul