Sebut sahaja resepi sandwich telur, pasti rata-rata dalam kalangan anda yang sudah tahu untuk membuatnya kerana itu merupakan salah satu menu mudah.
Selain dihidangkan dengan cara biasa, anda boleh cuba resepi sandwich telur bergoreng seperti perkongsian di bawah ini. Rangup dan lemak berkrim, pasti menjadi pilihan seisi keluarga.
Baca juga: Nasi Kak Wok Gulai Kaki Ayam, Resepi Asli Kelantan Pasti Terlajak Sedap!
RESEPI SANDWICH TELUR, GORENG MACAM INI LEBIH SEDAP
Bahan-bahan:
- Telur
- Mayonis
- Bawang merah
- Batang saderi
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Gula
- Serbuk roti
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus telur mengikut kuantiti yang anda inginkan selama 13-15 minit.
2. Setelah masak, biarkan sejuk dan kupas kulit telur.
3. Kemudian, asingkan kuning dan bahagian putih telur.
4. Hancurkan putih telur dan letak di dalam satu mangkuk.
5. Hancur pula telur kuning dan campur dengan sedikit mayonis, saderi yang sudah dihancurkan, bawang merah hancur, garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
6. Kacau sebati telur kuning dan bahan tadi sehingga sebati.
7. Kemudian campurkan dengan telur putih.
8. Ambil roti dan leperkan agar mudah dibentuk menjadi seperti kon.
9. Masukkan bahan inti ke dalam roti dan lipat agar tidak terkeluar.
10. Goreng di dalam minyak panas sehingga roti keperangan.
11. Angkat dan toskan. Sandwich telur goreng sedia untuk dihidangkan.
Resepi sandwich telur ini pasti menarik perhatian anak kerana rangup.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Ayam Harimau Menangis, Cicah Dengan Sos Homemade Memang Sedap Tak Terkata!
Sumber: Facebook Taste Of Pinas