Dapur

Resepi Spaghetti Carbonara Simple, Guna 2 Sos Ini Confirm Sedap & Menjadi!

67
SHARES
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Ayu Mashruddin, dia ada kongsikan 1 resepi spaghetti carbonara simple menggunakan 2 sos ‘rahsia’.

Jelasnya, menu ini antara kegemaran ramai dan hanya mengambil masa 30 minit untuk menyediakannya. Nak tahu macam mana? Baca sampai habis!

Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence Cair Di Mulut, Memang Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE, TUANG 2 SOS INI

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE

Ini bukanlah resepi carbonara yang asli tetapi resipi ini sangat sedap dan senang nak buat terutamanya kalau tetamu datang rumah. 30 minit sahaja untuk masak spaghetti carbonara simple ini.

Bahan-bahan tumis:

  • Butter & olive oil (untuk menumis)
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 1 labu bawang putih dihiris halus
  • 4-6 batang cili padi hiris halus
  • Protein (dada ayam/udang/beef pepperoni/salami)
  • 1 tin button mushroom
  • Capsicum (Kalau suka)

Bahan-bahan sos:

  • 1 tin Prego cheese & herbs (kuning)
  • 1 tin Prego Sauce Carbonara Mushroom (biru)
  • 1 tin full cream Dutch Lady (guna tin prego untuk sukat)
  • 1 kotak kecik cooking cream
  • 2 senduk air rebusan pasta
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Italian mix herbs

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan simpan sedikit air rebusab. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan butter serta olive oil untuk menumis.

3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan tumis di atas dan biarkan sehingga masak.

4. Apabila bahan tumisan mula masak, masukkan semua bahan sos seperti di atas.

5. Perasakan dengan garam, kiub ayam, serbuk lada hada hitam dan italian mix herbs secukupnya.

6. Sekiranya anda suka berkuah, tambahkan susu full cream mengikut cita rasa.

Siap dan sedia untuk dihidang! Sos carbonara homemade ini sudah tentunya menjadi kesukaan ramai.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ibu Kongsi Idea Menu Jamuan Raya Untuk Anak, Bawa Cucur Octopus Comel Ini!

Sumber: Facebook Ayu Mashruddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×