Dapur

Resepi Carbonara Tanpa Guna Cream Atau Susu, Tapi Masih ‘Maintain’ Sedap!

942
SHARES

Salah satu jenis makanan Barat yang menjadi kegemaran ramai termasuk kanak-kanak adalah carbonara. Bukan sahaja rasanya yang lemak berkrim, malah masakan carbonara ini sangat sesuai dimakan kerana rasanya yang tidak pedas. Tapi, bukan semua sukakan rasa carbonara yang sangat ‘pekat’ dengan rasa krim dan susu. Jadi, anda boleh cuba resipi carbonara tanpa menggunakan susu atau krim tetapi masih mempunyai rasa yang sedap!

RESEPI CARBONARA TAK PAYAH GUNA CREAM

Dapur dah baharu, orang rumah dah gembira. Maka inilah masa yang sesuai suruh dia masak makanan Itali. Eh entah ni makanan Itali ke mana entah. Layankan je.

Bahan-bahan:

-1 pek beef streaky

-4 butir telur ayam

-2 sb minyak zaitun

-½ cawan keju Parmesan

-½ pek spaghetti

-Garam & lada hitam

Ya. Tak pakai cream atau susu. Cara masakan, boleh tengok pada gambar yang cantik-cantik ni!

CARA-CARA

1.Streaky beef ni beli di Giant belakang rumah! Benda kepingan daging lembu awet(cured). Kalau tak ada ni, ganti dengan pepperoni. Sihat tak? Tak berapa sihat, sekali sekala boleh makan. Kalau tak nak letak, terpulang.

2.Goreng dengan minyak zaitun sekejap. Nak pakai minyak Sayangi Sawitku pun boleh. Elok juga. Sokongan industri tempatan.

3. Dah goreng, angkat. Jangan cuci kerak dalam pan tu lagi. Nanti kita nak guna dia!

4. Sagat keju jadi macam ni. Ni keju Parmigiano Regianno atau lebih dikenali sebagai Parmesan! Beli di mana-mana pasar raya.

“Kalau tak ada cheese tu, cheese lain boleh?” Kalau tak ada keju jenis ni, terpulanglah nak ganti dengan keju apa. Asalkan tekak sendiri boleh terima. Kalau tak jadi, jangan mengeluh. Haha.Nak sedap, kena pakai Parmesan.

5. Pecahkan teluran dan gaul. Tak payah beriya sangat gaul. Ala kadar cukup.

6. Rebus spageti sampai al dente. Maksudnya tak payah sampai lembut gila. Biar ada kenyal/pejal sikit bila digigit.

7. Lepas dah al dente, letak dalam pan yang ada kerak streaky beef tu. Kerak tu banyak perisa. Rugi buang.

8. Kalau kering, letak sikit air rebusan spageti tadi.

9.Gaul-gaul-gaul. Eh lupa beritahu. Masa ni dah boleh matikan api. Dah puas gaul, tuang campuran keju-telur yang kita buat tadi. Kena gaul lagi. Kali ni biar sampai mesra dan sebati.

Gaul-gaul-gaul. Eh lupa beritahu. Masa ni dah boleh matikan api. Dah puas gaul, tuang campuran keju-telur yang kita buat tadi.Kena gaul lagi. Kali ni biar sampai mesra dan sebati.Cantik tak table top aku yang baru? Team Pn Azrc Azlin yang buat.

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Tuesday, 30 July 2019

10.Nampak dah jadi creamy tu, dah boleh berhenti. Campak streaky beef di dalam pan, dan gaul sikit. Siap! Boleh masukkan garam dan lada hitam kalau kau rasa masih tak cukup masin dan kurang menyengat.

11. Hidang atas piring macam ni! Terbayang rasa masin-masin lemak keju tu dan rasa smokey daging awet. Aduh, kecur air liur ni balik! Mudah je kan?

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×