Dapur

Resepi Rendang Daging Cili Api Berempah Macam Arwah Nenek Buat, Nostalgia Betul!

43
SHARES
CARA MASAK RENDANG DAGING

Setiap orang mempunyai cara masak rendang daging yang berbeza-beza mengikut cita rasa sendiri. Sekiranya anda ingin mencuba rendang daging cili api berempah, boleh ikut resepi seperti perkongsian di bawah.

Jelasnya, ini merupakan resipi arwah nenek dan setiap kali berbuka puasa pada hari pertama, pasti ada hidangan menu rendang daging cili api.

Baca juga: Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Bersahur, Boleh Terus Campur Dengan Susu & Minum!

CARA MASAK RENDANG DAGING CILI API BEREMPAH

CARA MASAK RENDANG DAGING

Kalau nak makan rendang arwah nenek, hanya mak saya sahaja yang akan buat setiap tahun sebab mak saya duduk dengan arwah nenek. Inilah antara menu di mana arwah akan masak untuk waktu berbuka hari pertama puasa.

Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 1kg daging
  • 8 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • Seinci halia*
  • Seinci lengkuas*
  • 2 3 inci kunyit hidup*
  • 5 batang serai*
  • 20 tangkai cili api*
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • Santan secukupnya
  • Asam keping
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut
  • 2  sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula melaka
  • Garam secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan daging dan potong mengikut lawan urat.

2. Kisar semua bahan bertanda (*) di atas dan tumis di dalam kuali.

3. Kemudian, masukkan daging yang sudah dibasuh dan tunggu sehingga air daging habis.

4. Seterusnya, masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan manis dan 1/2 sudu besar serbuk jintan putih.

5. Bila air daging dah keluar, masukkan santan 1 kotak kecil dan tambah 1/2 kotak kecil lagi.

6. Perlahankan api dan tutup kuali. Biarkan daging lembut sehingga rendang pekat. Reneh lebih kurang selama 1 jam 30 minit. Jengah-jengah sekejap dan kacau ye.

7. Bila daging dah lembut, rendang dah pekat pecah minyak, masukkan 1-2 keping asam keping, hirisan daun kunyit, daun limau purut, 2 sudu besar kerisik dan 2 sudu besar gula melaka asli yang dihancurkan.

8. Letak garam macam biasa dan tutup api.

Arwah nenek suka rendang ada kuah-kuah sikit. Jadi begini sajalah. Rasanya sedap. Secukup rasa. Kalau makan dengan ketupat palas atau lemang memang ‘mengancam’.

Selamat mencuba!

Baca juga: Step-By-Step Resepi Nasi Kerabu Asli Kelantan, Ada Semua Bahan Baru Lebih Sedap!

Sumber: Facebook Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×