Dapur

Resepi Popia Begedil Rangup Dan Mudah, Lagi Sedap Cicah Dengan Sambal Kicap Pedas!

8.8K
SHARES
popia bergedil

Asyik makan tauhu begedil sahaja kan? Apa kata cuba popia bergedil pula seperti perkongsian Suehada Bahanudin di laman Facebooknya. Nak lebih sedap, cicah dengan sambal kicap pedas menyengat buatan sendiri.

Cara buat popia begedil sama sahaja seperti tauhu bergedil tetapi lebih sedap kerana rangup di luar, lembut di dalam. Ikuti perkongsian lengakp resepi popia bergedil di bawah.

Baca juga: Rahsia Cucur Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Kena Bancuh Dengan Air Ini

RESEPI POPIA BERGEDIL PALING RANGUP DAN SEDAP

popia bergedil

Bahan-bahan: 

  • Ubi kentang
  • Daging cincang
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Cili kecil
  • Bawang
  • Garam
  • Perasa

Cara penyediaan:

1. Goreng ubi kentang sehingga lembut dan lenyek-lenyekkan.

2. Satukan semua bahan di atas secukupnya.

3. Bulat dan bentukkan inti seperti silinder untuk lebih mudah.

4. Kemudian, ambil kulit popia yang sudah dibahagi dua dan gulungkan.

5. Celup ke dalam telur dan sedia untuk digoreng sehingga garing.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 1 ulas
  • Cili kecil *nak pedas, letak banyak
  • Garam secukupnya
  • Gula melaka
  • Kicap pekat

Cara penyediaan:

1. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili. Minyak jangan sangat.

2. Kemudian, masukkan ke dalam mesin pengisar dan tambah garam, gula melaka, kicap serta sedikit air.

Siap! Cicah popia dengan sambal kicap memang sedap.

Selamat mencuba.

Baca juga: Resepi Pulut Udang Ala Kampung, Inti Cukup Rasa & Sedap Makan Panas-Panas

Sumber: Facebook Suehada Bahanudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×