Dapur

Resepi Rendang Daging Paling Simple Guna 6 Bahan, Dijamin Sedap ‘Terpelanting’!

30
SHARES
resepi rendang daging simple

Sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti pelbagai juadah yang bakal disajikan untuk membangkitkan selera keluarga dan tetamu. Salah satu menu yang paling popular adalah rendang daging yang akan dimasak terlebih awal kerana memerlukan tempoh yang lama untuk siap. Tapi, ada juga resepi rendang daging simple hanya menggunakan 6 bahan!

Buat anda yang tidak pakar dalam menyediakan menu rendang, ini merupakan permulaan untuk anda belajar masak rendang daging sempena Hari Raya ini. Mudah sahaja dan sudah pasti sedap.

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

RESEPI RENDANG DAGING SIMPLE GUNA 6 BAHAN

Masak rendang daging dengan 6 barang dijamin SEDAPP TERPELANTING. Khas untuk orang tak reti masak.

resepi rendang daging simple

Bahan-bahan utama :

1.Daging potong kecil 500g
2. Perencah Rendang ADABI 1 paket
3. Perencah Ayam Goreng Berempah MAGGI 1/2 paket
4. Santan Kara 1/2 kotak 200ml
5. Daun kunyit
6. Daun limau purut

Cara-caranya:

1. Daging dah siap bersih dan potong ( tak payah rebus dulu) , gaul saja dengan perencah ADABI 1 paket & Maggi 1/2 paket dalam periuk biar sempat beramah mesra.

2. Buka api, letak minyak sikit, tutup periuk, biarkan air daging keluar sendiri selepas merasa azab kepanasan dunia.

3. Campak daun kunyit yang sudah dihiris halus, daun limau purut yang sudah dicarik kasar.

4. Bila nampak nak kering air daging tu, siram dengan 1/2 kotak santan kara. Tutup periuk dan biarkan semua bahan-bahan sempat mengenali hati budi masing masing.

5.Tunggu sampai empuk daging, kalau dapat daging jenis degil lama sikit nak lembut, tambah air panas sikit, tutup je periuk tu.
Tapi biasanya masak macam ini 40 minit dah siap empuk.

resepi rendang daging simple

*Resepi rendang ini sangat mudah untuk dimasak khususnya untuk anda yang tak suka perkara rumit dan bujang!

Baca juga: Resepi ‘Rahsia’ Biskut Suji Almond Jadi Gebu-Gebu, Tengok Pun Tak Tahan Terliur!

Sumber: Auni Farhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×