Nampaknya sudah ramai dalam kalangan kita yang giat menyediakan biskut sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Antara biskut raya yang menjadi pilihan adalah almond london, tart nenas dan semperit. Ada satu lagi jenis biskut dikenali sebagai biskut suji almond yang menjadi kegemaran bukan sahaja generasi muda malah orang tua. Oleh itu, anda mesti cari resepi biskut suji almond yang sedap dan siapkan sebelum raya!
Jangan risau, tak perlu cari resepi biskut ini jauh-jauh kerana berikut merupakan perkongsian resepi biskut suji almond air tangan bonda tercinta dari Puan Azlina Ina.
Baca juga: Cara Buat Kuih Raya ‘No Bake No Oven’ Guna Marshmallow, Kacau Atas Kuali Dah Siap!
RESEPI BISKUT SUJI ALMOND
Bahan-bahan:
-400g minyak sapi (2 cawan)
-1 cawan gula halus (mak guna 1/2 cawan sebab salutan dia nanti daah manis, kalau suka manis letak 2 cawan)
-1 sudu besar esen vanila
-2 sudu besar pure butter
-1 biji kuning telur sahaja
-5 sudu besar susu tepung full cream repack bakery (optional hanya nak tambahkan lemak-lemak dalam adunan)
-5 sudu besar serbuk almond (nak kisar almond nips halus pun boleh)
Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ini dan kacau guna senduk. Tambahkan sikit-sikit tepung gandum sampai jadi doh tak melekat di tangan.
2.Tambahkan almond nips yang dah dibakar awal-awal ya, sebanyak 2 cawan. Uli sebati.
3.Boleh bulat-bulatkan dan letak atas dulang yang ada baking paper. Bakar dalam suhu 160, selama 28-30 minit. Biar masak suhu rendah agar dia masak sampai dalam dan tak mudah berderai bila anda coating nanti.
Bahan dan cara coating biskut:
-2 cawan susu tepung
-1 cawan gula ising
*Boleh gaul-gaul adunan ini dulu dan campak biskut tadi dan golek-golekkannya. Siap!
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Kuih Lepat Sagu, Lain Daripada Lain & Rasa Manisnya Tak Mengecewakan!
Sumber: Azlina Ina Fans