Euforia Bola 2026
Asuh

Jangan Buang Dulu! Rupanya Plastik Asal Susu Formula Bukan Sekadar Pembungkus, Ini Fungsi PENTING

susu formula

Ramai ibu bapa gemar memindahkan susu formula ke dalam bekas simpanan bagi memudahkan penyediaan susu harian. Malah, ada yang terus membuang plastik asal sebaik sahaja tin atau pek susu dibuka.

Namun, satu perkongsian di Threads baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa plastik asal susu formula sebenarnya tidak sepatutnya dibuang.

Baca juga: Baru Tahu! Anak 6 Hingga 17 Tahun Kini Boleh Naik KTM Komuter Percuma Dengan Kad RailLife, Ini Caranya

PLASTIK ASAL SUSU FORMULA JANGAN DIBUANG, INI SEBABNYA

susu formula

Foto: Threads @maizatulrosli_

Menerusi perkongsian itu, ibu bapa disarankan supaya tidak menuangkan susu formula terus ke dalam bekas simpanan.

Sebaliknya, letakkan keseluruhan plastik asal yang mengandungi susu ke dalam bekas kedap udara. Cara ini dapat membantu mengekalkan kebersihan dan kualiti susu sepanjang tempoh penggunaannya.

Plastik asal tersebut direka khas menggunakan bahan yang selamat untuk makanan (food-grade) serta berfungsi sebagai lapisan perlindungan tambahan bagi mengurangkan risiko pencemaran.

Cara Simpan Susu Tepung Yang Betul

susu formula

Foto: Threads @maizatulrosli_

Bagi memastikan susu formula kekal bersih dan selamat diminum oleh si manja, ibu bapa boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:

  • Jangan keluarkan susu daripada plastik asal.
  • Masukkan plastik asal ke dalam bekas kedap udara.
  • Tutup bekas dengan rapat setiap kali selepas digunakan.
  • Simpan di tempat yang kering, bersih dan tidak lembap.
  • Gunakan sudu yang bersih dan benar-benar kering ketika mencedok susu.

Selain itu, terdapat beberapa amalan yang sebaiknya dielakkan kerana boleh meningkatkan risiko pencemaran susu formula.

Antaranya ialah:

  • Menuang susu terus ke dalam bekas simpanan tanpa plastik asal.
  • Menganggap bekas yang telah dibasuh sudah mencukupi untuk menjamin kebersihan.
  • Memasukkan sudu yang basah atau kotor ke dalam susu formula.
  • Menyimpan susu berhampiran kawasan dapur yang panas atau lembap.

Kebersihan Penyimpanan Susu Tepung Sangat Penting

Walaupun pencemaran tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bakteria dan habuk halus boleh menjejaskan kebersihan susu formula jika tidak disimpan dengan betul.

Justeru, ibu bapa disarankan untuk sentiasa mengikuti arahan penyimpanan yang disediakan oleh pengeluar bagi memastikan susu formula kekal berkualiti dan selamat diminum oleh anak-anak.

Kadangkala, perubahan kecil seperti mengekalkan plastik asal di dalam bekas simpanan sudah cukup membantu mengurangkan risiko kontaminasi dan memberi perlindungan tambahan kepada susu formula yang digunakan setiap hari.

Baca juga: Malaysia Cipta Sejarah! Pasukan Matematik Negara Tembusi Kelompok 20 Terbaik Dunia Dalam Olimpiad Matematik

Sumber: Threads @maizatulrosli_ dan Facebook Fatin Elyna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×