Dapur

Buat Penggemar Susu, Kenali 6 Jenis Susu Ini Di Pasaran Supaya Tak Salah Pilih & Sakit Perut

6
SHARES

Jenis susu yang berasaskan tumbuhan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama buat mereka yang mementingkan dan mengamalkan pemakanan secara sihat. Terdapat pelbagai variasi susu tumbuhan yang boleh dipilih bagi menggantikan susu haiwan.

Kemasukan dan kewujudan pelbagai jenis susu di pasaran pada hari ini menyukarkan anda menentukan jenis susu yang tepat buat diri anda, kesilapan memilih akan mendatangkan masalah terutama bagi mereka yang mengalami intoleransi laktosa iaitu ketidakupayaan untuk mencerna laktosa, sejenis gula yang terdapat dalam susu dan sesetengah hasil tenusu hingga memberi kesan sampingan seperti masalah penghadaman serta kulit seandainya mereka mengambil produk tenusu.

KENALI JENIS SUSU

 

1. SUSU BADAM

Sangat terkenal bagi menggantikan susu lembu terutama bagi mereka yang menghadapi intoleransi laktosa, susu ini sangat sesuai dan sihat bagi mereka yang sedang menjalani diet kerana kandungan kalorinya 50% lebih rendah berbanding susu lembu.

Kebaikan : rendah kalori, mengandungi vitamin E, tidak mengandungi laktosa, kaya dengan antioksidan yang baik untuk kulit.

Kekurangan : rendah kandungan protein berbanding susu lembu. Oleh itu, anda perlu mendapatkan sumber protein daripada pengambilan makanan yang lain.

2. SUSU GAJUS

Susu berasaskan kacang gajus, sarat dengan vitamin, mineral dan lemak yang sihat.

Kebaikan : sumber fiber yang baik, tinggi zat besi, rendah kalori, tiada laktosa dan baik untuk kesihatan mata.

Kekurangan : rendah kandungan protein sebagaimana susu badam. Oleh itu, memerlukan pengambilan sumber protein daripada makanan lain.

3. TENUSU

Produk tenusu yang paling mudah didapati dan kerap dijumpai di pasaran. Ia kaya dengan protein, mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan namun tinggi kandungan lemak.

Kebaikan : tinggi protein dan juga kalsium, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2.

Keburukan : tinggi gula dan tidak sesuai untuk individu yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.

4. SUSU SOYA

Berasaskan kacang soya, ia merupakan alternatif bagi menggantikan susu lembu kerana mengandungi kandungan lemak tepu yang lebih rendah jika dibandingkan dengan susu lembu. Lemak tepu boleh menyumbang kepada kolesterol tinggi dan masalah jantung.

Kebaikan : tinggi kandungan protein (sama seperti kandungan protein susu lembu), kaya dengan vitamin D & B12 serta tidak mengandungi laktosa.

Kekurangan : beberapa jenama produk susu soya di pasaran kekurangan asid amino, jadi anda perlu mendapatkan asid amino daripada sumber makanan lain.

5. SUSU KELAPA

Susu kelapa berasal dari isi putih kelapa coklat yang telah matang, mempunyai konsistensi yang tinggi dan teksturnya juga berkrim.

Kelebihan : rendah kalori, mengandungi kalium, tidak mengandungi laktosa, membantu mengurangkan inflamasi.

Kekurangan : rendah kandungan protein, tinggi kalori dan lemak yang boleh meningkatkan berat badan jika diminum secara berlebihan.

6. SUSU OAT

Diperbuat daripada oat. Susu ini sesuai bagi mereka yang mudah alergik dengan susu-susu yang lain yang terdapat dalam pasaran.

Kelebihan : membantu menurunkan paras kolesterol dan membantu kesihatan sistem pencernaan, baik untuk tulang serta kaya vitamin B.

Kekurangan : tinggi kandungan gula dan juga karbohidrat.⠀⠀⠀⠀

Sumber: meowmeix

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×