Dapur

Step-By-Step Resepi Nasi Kerabu Asli Kelantan, Ada Semua Bahan Baru Lebih Sedap!

16
SHARES
RESEPI NASI KERABU KELANTAN

Resepi nasi kerabu Kelantan sudah pastinya menjadi kegemaran ramai. Sekiranya anda merindui masakan pantai timur, boleh sahaja buat sendiri di rumah menggunakan resepi perkongsian pengguna Facebook di bawah.

Jelasnya, nasi kerabu lebih sedap jika semua bahan sampingan ada dihidangkan sekali kerana ia pelengkap menu. Jadi, jom cuba  resepi nasi kerabu Kelantan ini. Sedapnya!

Baca juga: Resepi Air Bandung Laici Cincau Lemak Berkrim, Buat Cara Ini Lebih Sedap & Kick!

RESEPI NASI KERABU KELANTAN, LENGKAP ADA SEMUANYA

RESEPI NASI KERABU KELANTAN

Paling penting buat nasi kerabu perkakas dia kena cukup terutama sekali ulam ulaman dia. Biasa kita pakai ulam:

  • Daun samok
  • Timun batang
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun mata ayam
  • Daun kesum

1. Nasi biru bunga telang

– Ambil bunga telang dan perahkan bunga telang. Masak nasi macam biasa dan letak daun limau purut.

2. Solok lada

– Lada dibelah dan buang biji.

– Ikan mentah. Asingkan tulang dan isi. Nak mudah kelar dulu ikan dan ketepikan.

– Kelapa mesin, ambil isi putih sahaja. Ketepikan.

–  Ambillesung, tumbuk lada hitam, halia, bawang merah dan isi ikan. Tambah garam dan gula.

– Dalam mangkuk lain masukkan isi ikan dan bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan kelapa sikit demi sikit sebab kita taknak kelapa lebih. Nak rasa ikan.

– Pecahkan sebiji telur. Masukkan isi ikan dan kelapa dalam perut lada.

– Letak santan pekat dan masak dengan api kecil.

3. Tumis nasi kerabu

– Blend cili kering, halia, belacan dan serai.

– Tumiskan bahan blend dalam kuali sampai garing.

– Masukkan santan, serai yang diketuk, budu 2 sudu, asam keping dan kacau sampai pecah minyak.

– Perasakan gula garam secukupnya.

RESEPI NASI KERABU KELANTAN

4. Kelapa nasi kerabu

– Goreng kelapa suku masak

– Blend tanpa air bawang, serai dan halia.

– Masukkan bahan blend dalam kelapa suku masak dan masukkan isi ikan rebus yang dah diasing tulang.

– Goreng lagi shingga kelapa agak garing dan perasakan dengan gula serta garam.

Kalau nak sambal kelapa warna gelap macam dekat kedai, letak gula melaka /nisan.

5. Ayam/daging/kambing bakar

– Bleng halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, serai, gula dan garam.

– Gaul dengan ayam/daging pilihan.

– Jika perasan ayam/daging bakar ni berkilat. Tipsnya lebihkan gula seimbangkan rasa masin dan manis. So bila bakar memang jadi sedap, menyelerakan dan berkilat memukau pandangan.

6. Air lada nasi kerabu

– Blend cili, bawang putih jeruk, cuka garam dan gula.

– Siap.

7. Budu nasi kerabu

– Masukkan budu dalam periuk. Campur sedikit air, asam keping dan gula melaka.

– Masukkan serai dan daun limau nipis.

– Budu nasi kerabu kena ada rasa sedikit masin supaya sebati dengan sambal lada rasa masam, kelapa ikan rasa manis dan masin secukupnya.

Siap semua bahan sampingan, baru boleh hidang nasi kerabu ini. Walaupun banyak bahan tetapi puas hati dapat makan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Lepat Cendol Tanpa Perlu Kukus, Makan Sejuk-Sejuk Confirm Lebih Sedap!

Sumber: Facebook Suhasnida Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×