Siapa pernah cuba makan lepat cendol? Gabungan manis, berlemak dan masin sangat sesuai dijadikan juadah untuk sesisi keluarga menikmatinya.
Menerusi perkongsian Azliana Salleh di laman Facebook, resepi lepat cendol ini tidak perlu kukus dan anda hanya perlu campurkan kesemua bahan sahaja. Nak lagi sedap, kena makan sejuk-sejuk. Confirm tak cukup satu!
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Anak Minta Tinggal Cedok Masuk Kuali Je
RESEPI LEPAT CENDOL BERLEMAK, TAK PAYAH KUKUS PUN
Bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- Secubit garam
- 5 1/2 cawan santan
- 1 cawan tepung jagung (tambah lagi 2 sudu makan)
- 1 cawan cendol
- Daun pisang scukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Satuakan semua bahan kecuali cendol ke dalam periuk.
2. Masak atas api perlahan dan pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
3. Masak sehingga pekat dan berlikat.
4. Kemudian, masukkan cendol dan kacau sehingga adunan meletup-letup.
5. Sediakan daun pisang bersih dan bungkus adunan ketika masih panas.Pastikan anda lebih berhati-hati ya.
6. Balut kemas-kemas sehingga adunan habis dan sejukkan di dalam peti ais.
Sedia untuk dimakan. Ingat! Tak perlu kukus ya.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Simpan Cili Padi Tahan Berminggu-Minggu Dalam Peti Ais, Paling Senang Nak Buat!
Sumber: Facebook Azliana Salleh