Dapur

Resepi Cucur Kelapa Lemak Manis, Elok Kejadiaanya Bulat-Bulat & Rangup!

86
SHARES
CUCUR KELAPA

Antara hidangan menu petang menjadi kesukaan ramai adalah cucur kelapa. Walaupun resepi cucur kelapa mudah sahaja untuk dibuat namun masih ada lagi yang gagal dan cucur menjadi leper.

Jadi, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, terdapat satu tips boleh diikut seperti perkongsian di bawah. Jom cuba resepi cucur kelapa ini.

Baca juga: Resepi Cornflakes Salted Egg Paling Sedap & Ketagih, Cukup Rasa Pedas Manis Berlemak!

RESEPI CUCUR KELAPA LEMAK MANIS, RANGUP & SEDAP

CUCUR KELAPA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung (saya guna tepung naik sendiri)
  • 3 sudu tepung beras
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1/4 cawan gula
  • Secubit garam
  • Susu cair
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan di atas ke dalam bekas.

2. Masukkan air, sedikit susu cair sehingga mendapat adunan yang sederhana pekat.

3. Guna senduk atau whisk kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Kalau cair tambah sedikit lagi tepung atau kelapa.

4. Sediakan periuk atau kuali. Masukkan minyak secukupnya. Jangan sikit sangat, nanti cucur kelapa tak terapung dan leper.

5. Masukkan cucur guna tangan. Bila kekuningan garing, angkat dan toskan minyak.

*Pastikan minyak betul-betul panas, untuk mengelakkan cucur kelapa serap minyak.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Masak Mee Basah Lebih Sedap, Letak Satu Bahan Rahsia Ini Waktu Rebus!

Sumber: Resepi Dapur Opah 

Kredit gambar: Norliyana Asrani & Kembar Siam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×