Dapur

Tips Masak Mee Basah Lebih Sedap, Letak Satu Bahan Rahsia Ini Waktu Rebus!

584
SHARES
TIPS MASAK MEE BASAH

Perasan tak bila masak mi goreng di rumah pasti hancur dan tidak sama seperti dibeli di kedai? Rupanya kerana salah teknik sehingga menyebabkan tekstur mi menjadi hancur. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku berulang kali, anda kena ikut tips masak mee basah dan mi segera seperti dikongsikan di bawah.

Ada satu bahan ‘rahsia’ yang perlu dimasukkan agar tektsur mi kekal elok dan tidak terlalu lembik. Mudah sahaja dan rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku & Tauge, Lagi Sedap Kalau Buat Stail Macam Ini!

TIPS MASAK MEE BASAH & MI SEGERA AGAR TAK TERLALU LEMBIK

TIPS MASAK MEE BASAH

Mi basah dan mi segera memerlukan cara yang betul untuk dimasak. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan tekstur mi terlalu lembik jika salah teknik.

Cara masak mi basah:

1.  Sediakan air di dalam kuali, rebus sehingga air mendidih.

2. Pastikan anda menggunakan air secukupnya supaya mee basah ditenggelami air.

3. Selepas mendidih, masukkan mee basah ke dalam air masak.

4. Kemudian, masukkan 1 sudu kecil minyak masak supaya mi tidak melekat.

5. Rebus mi selama 2 hingga 3 minit sahaja. Kacau sekali-sekala supaya masak sekata.

6. Apabila mi sudah masak, angkat dan toskan. Jangan terus membasuh mi di bawah air sejuk. Biarkan sehingga wap panas hilang.

7. Setelah wap panas hilang, bilas mee menggunakan air sejuk dan sedia untuk digunakan.

Seterusnya, cara masak mi segera:

1. Rebus air untuk memasak mee sehingga mendidih.

2. Selepas itu, masukkan mi segera ke dalam air mendidih dan rebus selama 3-5 minit, jangan biarkan terlalu lama.

3. Jika tekstur mi kenyal, ini bermakna mi segera sudah boleh ditapis.

4. Pindahkan mi ke dalam bekas berisi rempah dan kacau sehingga sebati.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Jangan lupa guna tips di atas kalau nak masak mi di rumah ya. Barulah puas hati dan bertambah sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Telur Rebus Tanpa Air, Tak Sampai 5 Minit Dah Siap. Memang Elok Kejadiannya!

Sumber: CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×