Dapur

Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku & Tauge, Lagi Sedap Kalau Buat Stail Macam Ini!

166
SHARES
RESEPI KERABU PERUT

Jika anda penggemar kerabu, pasti pernah mencuba kerabu perut yang dipadankan bersama pucuk paku dan tauge. Mudah sahaja resepi kerabu perut dan boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah.

Lebih sedap sekiranya letak 1 bahan rahsia seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Ctie Zubaidah di bawah. Jom cuba menu ini!

Baca juga: Cara Buat Telur Rebus Tanpa Air, Tak Sampai 5 Minit Dah Siap. Memang Elok Kejadiannya!

RESEPI KERABU PERUT PUCUK PAKU & TAUGE, SEDAP MELAMPAU

RESEPI KERABU PERUT

Menu meratah hari ini, kerabu perut pucuk paku tauge. 

Bahan-bahan: 

  • Perut
  • Pucuk paku
  • Tauge
  • Air limau
  • Bawang besar dihiris
  • 10 biji cili padi
  • 5 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Lengkuas (saya tak letak)
  • Santan
  • Kerisik
  • Belacan
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara penyediaan:

1. Cuci perut, pucuk paku dan tauge sehingga bersih.

2. Kemudian, rebus perut sehingga masak dan celurkan pucuk paku serta tauge.

3. Seterusnya, kisar cili padi, serai, bawang besar, halia, lengkuas, santan, kerisik, belacan, garam dan perasa.

4. Tuang ke dalam bekas dan gaul bersama bahan yang sudah direbus.

Sedia untuk dihidangkan. Selain ratah, kerabu ini juga sedap dipadankan bersama nasi daging.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kek Tapak Kuda Viral Paling Sedap, Buat Sendiri Lebih Lembut & Puas Hati!

Sumber: Facebook Ctie Zubaidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×