Stres kan bila menggoreng ayam atau ikan pasti akan melekat pada kuali sehingga menyebabkan bahagian isi hancur? Jangan risau, ibu-ibu boleh mengatasi masalah ini dengan mencuba petua makanan tidak melekat pada kuali seperti perkongsian di bawah.
Terdapat 5 bahan boleh digunakan dan semuanya ada di rumah. Memang mudah kerana tidak perlu mengeluarkan wang untuk membelinya. Jom cuba!
Baca juga: 7 Senarai Makanan Tak Boleh Masak Guna Air Fryer, Jangan Main Guna Je!
5 PETUA MAKANAN TIDAK MELEKAT PADA KUALI KETIKA MASAK
Petuanya adalah seperti di bawah:
1. Garam
Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan seketika sebelum mula mengoreng.
2. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Dengan cara ini ia boleh membuatkan gorengan anda semakin garing dan tidak melekat pada kuali.
3. Petua makanan tidak melekat – asam jawa
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
4. Bawang putih
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cubalah!
5. Cuka atau limau nipis
Perapkan dgn sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak serap dalam masakan.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Badan Tak Bengkok Dan Kekal Rangup Sampai Malam, Cubalah!
Sumber: Facebook Resepi Memikat Suami