DIY & Kraf

Jangan Buang Sayur Yang Layu, Boleh Kembali SEGAR Bila Guna Teknik Ini. Cubalah!

22
SHARES
SAYUR LAYU

Biasanya jika ada sayur layu di rumah pasti anda akan terus buang kerana beranggapan ia sudah tidak boleh digunakan lagi, betul tak? Sebenarnya, sayur tersebut masih boleh ‘diselamatkan’ dengan cara seperti di bawah.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, dia ada memberitahu satu teknik untuk menyegarkan semula sayur layu. Jelasnya, cara ini sangat mudah dan hanya memerlukan satu bahan sahaja. Jom cuba!

Baca juga: Sisa Makanan Ini Boleh Jadi Baja Organik Tanaman Di Rumah, No.5 Paling Terkejut!

SAYUR LAYU KEMBALI SEGAR KALAU BUAT TEKNIK INI

SAYUR LAYU

Teknik ini diajar boleh ibu mentuanya dan sehingga hari ini, dia masih menggunakan cara tersebut jika ada sayur yang layu di rumah. Jom kita cuba!

Cara-caranya:

1. Sedia bekas dan isi air sejuk sehingga penuh.

2. Kemudian, masukkan sayur layu dan biarkan tenggelam sehingga sayur benar-benar kembali segar.

3. Selepas beberapa jam dibiarkan dalam air sejuk, sayur kembali segar.

Mudah sahaja kan? Jadi, selepas ini jangan buang sayur yang sudah layu. Boleh cuba cara ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca di luar sana.

VIDEO PENUH:

@cikkpuanshikin

Sayur layu jangan buang tau korang, buat macam sy ajar ni 😚 #tipssayursegar #sayursegar #fyp #tipsandtricks

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Baca juga: 4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Hantar Kedai

Sumber: TikTok Cikk Puan Shikin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×