DIY & Kraf

Cara Tanggalkan Lencana Sekolah Anak Yang Ditampal Guna Gam, Mudah & Menjadi!

16
SHARES
CARA TANGGALKAN LENCANA SEKOLAH

Tidak lama lagi musim persekolah akan bermula dan pasti ramai sedang membuat persiapan. Kalau ada baju sekolah masih boleh dipakai, jangan dibuang kerana ibu boleh cuba cara tanggalkan lencana sekolah yang ditampal menggunakan gam seperti perkongsian di bawah.

Menurut perkongsian pengguna media sosial bernama Effa Liyana, hanya beberapa bahan diperlukan dan lencana akan tertanggal dengan mudahnya.

Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Cuci Cermin Guna Surat Khabar, Patutlah Selama Ni Tak Berkilat!

CARA TANGGALKAN LENCANA SEKOLAH ANAK

CARA TANGGALKAN LENCANA SEKOLAH

Menerusi perkongsian itu, dia menjelaskan bahawa baju sekolahnya sudah tidak muat dan ingin bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan.

Walau bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila lencana sekolah anak tidak dijahit tetapi ditampal menggunakan gam. Jadi, terdapat satu cara boleh menanggalkan lencana tersebut. Jom cuba.

Cara-caranya:

1. Panaskan seterika.

2. Kemudian, tabur garam pada bahagian lencana dan tanda nama anak.

3. Tekap kain putih pada bahagian lencana. Basahkan sedikit bahagian lencana dan tanda nama.

4. Seterika bahagian tersebut untuk beberapa minit.

5. Tarik perlahan-lahan lencana dan tanda nama sehingga tertanggal.

Siap! InsyaAllah tidak akan meninggalkan kesan.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

CARA TANGGALKAN LENCANA SEKOLAH

Baca juga: Jangan Pening-Pening, Cuba 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Kulat Dinding. 5 Minit Dah Settle!

Sumber: Instagram Effa Liyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×