Famili

Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Siap Sekali Harga, Boleh Bajet!

23
SHARES

BARANG KEPERLUAN SEKOLAH

“Excitednya! Anak dah nak masuk Tahun 1…”

Bila anak mula melangkah ke sekolah rendah, sebagai ibu ayah sudah tentunya teruja dan sedikit gementar untuk membeli barang keperluan anak. Maklumlah, takut terlajak beli atau salah beli. Kalau salah beli, anak pun tak ada semangat nak ke sekolah. Betul tak? Kelengkapan alatan sekolah amat penting untuk memastikan si anak belajar dengan baik dan ia juga sebagai tanda galakan anak-anak ke sekolah, terutamanya bagi anak-anak yang baru nak masuk Tahun 1.

Jadi, di sini kami kongsikan checklist senarai barang keperluan sekolah dan harga untuk ibu ayah rujuk mengikut kesesuain dan keperluan anak-anak. Nak lebih mudah ibu ayah boleh print dan bawa senarai ini semasa membeli.

Baca juga: 10 Teknik Ajar Anak Suka Baca Buku Tanpa Perlu Dipaksa, Berkesan!

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN SEKOLAH ANAK SIAP HARGA

Sumber: Berita Harian

PAKAIAN ANAK PEREMPUAN

1. Baju kurung putih (RM20.00)

2. Kain (RM19.00)

3. Stokin (RM5.00)

4. Kasut sekolah (RM15.00-RM40.00)

5. Tudung (RM9.00-RM20.00)

6. Anak tudung (RM3.00)

7. Baju sukan / T-shirt putih (PJK) (RM13.00-RM25.00)

8. Seluar sukan (RM20.00)

9. Singlet / baju dalam (RM10.00)

10. Baju sekolah agama sepasang (RM30.00)

11. Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam) (RM3.00)

PAKAIAN ANAK LELAKI 

1. Baju uniform putih (RM20.00)

2. Seluar  (RM20.00-RM40.00)

3. Stokin  (RM5.00)

4. Kasut sekolah (RM15.00-RM40.00)

5. Songkok (RM15.00-RM30.00)

7. Baju sukan / T-shirt putih (PJK)  (RM13.00-RM25.00)

8. Seluar sukan (RM20.00)

13. Singlet / baju dalam  (RM10.00)

14. Baju sekolah agama (RM20.00-RM40.00)

15. Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam) (RM3.00)

ALAT TULIS / KELENGKAPAN BELAJAR

BARANG KEPERLUAN SEKOLAH

1. Beg sekolah (RM30.00-RM50.00)

2. Peralatan tulis lengkap  (RM30.00)

3. Bekas pensel (RM3.00)

4. Buku nota (RM3.00)

5. Pembalut buku teks (RM10.00)

6. Pembalut buku latihan (RM10.00)

7. Fail (RM2.00)

8. Botol air (RM10.00)

9. Bekas makanan (RM10.00)

Pastikan ibu bapa rancang pembelian terlebih dahulu sebelum membeli. Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×